MERS belum reda

MERS belum reda

SEOUL, 24 Jun (AFP) – Dua hospital utama di ibu negara Korea Selatan menggantung perkhidmatan kepada para pesakit hari ini dalam bidaan untuk menghentikan merebaknya Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) selepas empat kes baru virus maut tersebut dilaporkan.

Kes baru MERS adalah termasuk dua orang yang ditempatkan di wad hospital yang sama dengan para pesakit lain dengan potensi virus maut berkenaan, menurut Kementerian Kesihatan di Seoul.

Yang lain adalah jururawat di Pusat Perubatan Samsung di Seoul salah satu pusat wabak dan seorang saudara pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana beberapa penyakit yang spesifik di sebuah hospital di Pyeongtaek, di selatan Seoul, pada awal Jun.

Daripada sejumlah 179 orang yang disahkan dijangkiti MERS, lima dijangkiti melalui laluan transmisi tidak diketahui di luar hospital, yang sehingga kini berada di pusat wabak, kata kementerian itu.

Seramai 27 orang meninggal dunia dalam wabak MERS di Korea Selatan yang terbesar di luar Arab Saudi sementara kira-kira 3,100 orang sedang di kuarantin di beberapa pusat milik kerajaan atau di kediaman masing-masing.

Kakitangan kesihatan Korea Selatan menggunakan baju keselamatan berikutan kes MERS yang belum reda di Korea Selatan. – AFP
Kakitangan kesihatan Korea Selatan menggunakan baju keselamatan berikutan kes MERS yang belum reda di Korea Selatan. – AFP

Hospital Samsung, di mana hampir 90 pesakit, pelawat dan staf perubatan dijangkiti virus itu, mengisytiharkan penggantungan kebanyakan perkhidmatan selama 10 hari pada 14 Jun untuk menghentikan merebaknya virus.

Bagaimanapun oleh sebab jumlah jangkitan baru terus mencatatkan peningkatan, pihak berkuasa memutuskan untuk melanjutkan penggantungan tersebut sehingga ke suatu tempoh yang tidak pasti.

Wabak di hospital milik kumpulan Samsung, konglomerat terkemuka Korea Selatan, menyebabkan bakal pewarisnya, Jay. Y. Lee pada semalam meminta maaf secara terbuka kerana “mencetuskan kebimbangan dan keprihatinan rakyat”.

Sebuah lagi hospital utama di Seoul, Pusat Perubatan Universiti Konkuk, hari ini turut menghentikan penerimaan kemasukan pesakit baru dan menjalankan pembedahan berikutanempat kes baru dilaporkan beberapa hari lepas.