MERS di Korea Selatan kian stabil

MERS di Korea Selatan kian stabil

SEOUL, 19 Jun (Reuters) – Wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) di Korea Selatan nampaknya telah beransur stabil, kata pegawai kesihatan hari ini, ketika negara melaporkan seorang pesakit baru,sehari selepas Thailand melaporkan kes pertamanya.

Seramai 166 orang telahpun dijangkiti dalam wabak di Korea Selatan, yang terbesar di luar Arab Saudi. Ia berpunca daripada seorang lelaki berusia 68 tahun yang kembali daripada satu perjalanan perniagaan ke Timur Tengah pada awal Mei.

Ia telah merebak menerusi hospital, membunuh 24 orang.

Manakala kes di Thailand, seorang ahli perniagaan berusia 75 tahun dari Oman, nampaknya tidak dikaitkan dengan wabak Korea Selatan tetapi akan menyebar kebimbangan di rantau, walaupun keadaan paling teruk nampaknya sudah berakhir di Korea Selatan.

“Berdasarkan perkembangan terkini, kami berpendapat ia telah menjadi stabil, namun kami perlu mengawasi penyebaran seterusnya, kes selanjutnya dari hospital kawalan intensif,” beritahu ketua pegawai dasar kementerian kesihatan Korea Selatan, Kwon Deok-cheol, pada satu taklimat.

Kakitangan kesihatan Korea Selatan menyembur antiseptik di sebuah kampung yang dibuka semula setelah 2 minggu dalam pengasingan kuarantin berikutan virus MERS. – AFP
Kakitangan kesihatan Korea Selatan menyembur antiseptik di sebuah kampung yang dibuka semula setelah 2 minggu dalam pengasingan kuarantin berikutan virus MERS. – AFP

Sebagai sebahagian daripada usaha berkenaan, pihak berkuasa Korea Selatan sedang menghubungi hampir 42,000 orang yang telah melawat sebuah hospital di ibu negara, Seoul, yang telah menjadi tumpuan wabak, dengan separuh daripada jangkitan negara berlaku di sana.

Pihak berkuasa berkata mereka berhasrat menghubungi orang yang telah mengunjungi hospital tersebut, Pusat Perubatan Samsung, di antara 27-29 Mei dan 2-10 Jun, dan mereka menambah jumlah orang yang mungkin mempunyai sentuhan dengan kes MERS di sana kepada 7,000 orang.