Mertesacker azam bangkit di Old Trafford

Mertesacker azam bangkit di Old Trafford

LONDON, 25 Feb (Reuters) – Arsenal akan cuba bangkit daripada kekecewaan selepas tewas di tangan Barcelona dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, kelmarin dengan membenam Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Ahad ini, kata Per Mertesacker.

Lionell Messi menjaringkan dua gol lewat untuk memberikan juara Eropah itu 2-0 sebelum pusingan kedua di Camp Nou bulan depan. Walaupun impian ke suku akhir terjejas, Arsenal berada dalam kedudukan terabik dalam Liga Perdana, dua mata di belakang pendahulu Leicester City ketika musim berkaki 12 perlawanan.

Aksi menentang United dianggap penting bagi membuktikan mereka masih kekal sebagai pencabar utama untuk merangkul kejuaraan liga musim ini.

The Gunners hanya mempunyai tempoh singkat bagi melakukan persiapan selepas tewas di tangan Barcelona apabila mereka akan mengharungi tiga aksi penting liga dalam tempoh tujuh hari bermula dengan kunjungan ke Old Trafford.

Skuad bimbingan Arsene Wenger itu kini ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga, Leicester City selepas menewaskan lawan itu dalam aksi terakhir dan berkunjung ke United dengan tahap keyakinan tinggi.

Mertesacker kelihatan kecewa selepas tewas kepada Barcelona pada pusingan pertama 16 terakhir di Stadium Emirates, 23 Februari lalu. – AFP
Mertesacker kelihatan kecewa selepas tewas kepada Barcelona pada pusingan pertama 16 terakhir di Stadium Emirates, 23 Februari lalu. – AFP

Ia susulan kemenangan ke atas The Red Devils 3-0 di laman sendiri musim ini dan turut menyingkirkan lawan itu daripada saingan Piala FA di Old Trafford, musim lalu.

“Kami mempunyai peluang Ahad ini untuk melakukannya sekali lagi dan membuktikan kami adalah pencabar utama untuk gelaran liga.

“Kami akan ke Manchester dan kami berada di kedudukan terbaik – kami tidak mahu mensia-siakannya,” Mertesacker memberitahu (www.arsenal.com).

“Kami mempunyai peluang terbaik untuk kembali fokus dalam saingan liga dan lupakan apa yang berlaku pada tempoh 20 minit terakhir ketika menentang Barcelona,” kata tonggak pertahanan Arsenal itu lagi.

Tahun lalu, bekas penyerang United, Danny Welbeck menjaringkan gol kemenangan di Old Trafford dalam aksi suku akhir Piala FA yang menyaksikan Arsenal selepas itu muncul juara buat kali berturut-turut.

ARTIKEL YANG SAMA