Merungkai kis...

Merungkai kisah Helena Kelly

ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

 

LIMA tahun yang lalu, seorang gadis pelajar senior sekolah tinggi, Helena Kelly, telah didapati hilang di kejiranannya di Dexby, Connecticut, semenjak itu tiada perkhabaran berita mengenai Kelly, berikutan kehilangannya itu, Kelly disyaki telah dibunuh.

Keluarga Kelly telah ditinggalkan tanpa sebarang jawapan. Tiada seorang pun yang tahu siapakah dalang kes disyaki pembunuhan tersebut mahupun motif di sebaliknya.

Apabila Seneca Frazier yang berusia 18 tahun menemui nota yang ditampalkan pada papan pesanan Case Not Close daripada seseorang yang meminta bantuannya untuk mendapatkan jawapan di sebalik misteri tersebut, dia berazam untuk merungkai kes itu.

Kes kehilangan Helena yang berprofil tinggi itu adalah salah satu faktor mengapa Seneca berminat dalam kerja-kerja penyiasatan.

Ia juga adalah sebab kenapa Seneca menyertai kumpulan Case Not Closed di laman sesawang itu.

Seorang gadis pelajar senior sekolah tinggi, Helena Kelly, telah didapati hilang di kejiranannya di Dexby, Connecticut, semenjak itu tiada perkhabaran berita mengenai Kelly, berikutan kehilangannya itu, Kelly disyaki telah dibunuh.
Seorang gadis pelajar senior sekolah tinggi, Helena Kelly, telah didapati hilang di kejiranannya di Dexby, Connecticut, semenjak itu tiada perkhabaran berita mengenai Kelly, berikutan kehilangannya itu, Kelly disyaki telah dibunuh.

Dengan disertai oleh keazaman yang kuat, Seneca bersetuju untuk meluangkan percutian musim bunganya di Connecticut untuk menyiasat kes tersebut besama-sama dengan Maddy Wright, sahabat karibnya dari laman sesawang tersebut.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja dia melangkahkan kakinya keluar daripada kereta api, keadaan sepertinya menjadi kurang baik.

Maddy bukanlah seperti yang dijangkakannya dan adik Helena, Aerin, sepertinya langsung tidak mahukan bantuan daripadanya.

Tambahan lagi, Seneca mempunyai rahsianya sendiri yang mungkin dapat membantutkan penyiasatannya sekiranya dia kurang berwaspada.

Bersama-sama dengan Brett, seorang lagi ahli di laman itu, mereka sedikit demi sedikit menemukan jawapan di sebalik rahsia yang disimpan Helena sebelum kehilangannya.

Namun masa mereka semakin suntuk kerana dalang yang bertanggungjawab sedang memerhatikan tindak-tanduk mereka, dan tidak mahu kes tersebut dibukakan semula.

Apakah rahsia di sebalik kehilang-an Helena, siapakah dalangnya yang sebenarnya dan apakah motif di sebalik jenayah tersebut.

Untuk mengetahui jawapannya dapatkanlah novel The Amateurs karya Sara Shepard segera.