Merungkai misteri pembunuhan dalam Solomon’s Perjury

Merungkai misteri pembunuhan dalam Solomon’s Perjury

ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD

 

SIRI drama Korea terbaru, Solomon’s Perjury merupakan sebuah siri drama yang diadaptasi daripada sebuah novel Jepun, Solomon no Gisho yang ditulis oleh Miyuki Miyabe pada tahun 2002.

Pada tahun 2015, novel tersebut juga pernah diadaptasi kepada dua buah filem iaitu Solomon’s Perjury: Suspicion dan Solomon’s Perjury 2: Judgement.

Manakala dalam versi Korea ini, siri drama tersebut telah diarahkan oleh Kal Il-Soo dan skripnya pula ditulis oleh Kim Ho-Soo. Barisan pelakon yang terpilih dalam membintangi siri drama ini pula adalah Kim Hyun-soo, Jang Dong-yoon, Seo Ji-hoon, Seo Young-Joo dan Cho Jae-hyun.

Pada dasarnya, kisah dalam siri drama Solomon’s Perjury ini bermula dengan menampilkan penemuan mayat seorang mahasiswa bernama Lee So-Woo lakonan Seo Young-Joo yang secara mengejut telah ditemui di kawasan halaman sekolah .

Pihak berkuasa dan pihak sekolah sepakat mengklasifikasikan kes penemuan mayat tersebut sebagai bunuh diri.

Solomon’s Perjury merupakan sebuah siri drama yang diadaptasi daripada sebuah novel Jepun, Solomon no Gisho yang ditulis oleh Miyuki Miyabe.
Solomon’s Perjury merupakan sebuah siri drama yang diadaptasi daripada sebuah novel Jepun, Solomon no Gisho yang ditulis oleh Miyuki Miyabe.

Selang beberapa lama kemudian, sepucuk surat yang mengandungi pernyataan daripada saksi yang dikirimkan kepada Ko Seo-Yeon lakonan Kim Hyun-soo, ketua kelas yang berada dalam kelas yang sama dengan So-Woo telah menyatakan bahawa kematian teman sekelasnya itu bukan terdiri daripada satu kes bunuh diri.

Di dalam surat itu turut menyatakan bahawa kematian So-Woo juga mempunyai kaitan dengan Choi Woo-Huk lakonan Back Cheol-Min di mana ayahnya adalah merupakan seorang yang sangat berpengaruh dan berkuasa, Choi lakonan Choi Joon-Young.

Perbezaan pemikiran dan pendapat di antara pihak berkuasa dengan Seo-Yeon telah mendorong beliau untuk membuat keputusan dalam melakukan kerja-kerja penyelidikan terhadap kes kematian So-Woo bersama-sama dengan teman-temannya yang terdiri daripada Han Ji-hoon lakonan Jang Dong-yoon, Bae Joon-young lakonan Seo Ji-hoon sebagai Bae Joon-young dan Han Gyeong-moon lakonan Cho Jae-hyun.

Secara keseluruhan, ia adalah sebuah drama Korea yang boleh dianggap bukan tipikal sebagaimana kebanyakan siri drama Korea lain yang seringkali menampilkan elemen cinta kerana elemen utama yang ditampilkan dalam siri drama ini adalah saspen dan misteri.

Maka, sekiranya anda teruja untuk menyaksikan sendiri bagaimana misteri pembunuhan itu dirungkai jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Solomon’s Perjury sehingga ke penghujungnya.

ARTIKEL YANG SAMA