MESB sumbang penghawa dingin kepada Sekolah St John

MESB sumbang penghawa dingin kepada Sekolah St John

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 15 Mac – Syarikat Massutera Engineering Sdn Bhd (MESB) hari ini menyumbangkan 15 unit penghawa dingin kepada Sekolah St. John.

Hadir menyerahkan sumbangan mewakili MESB ialah Lt. Kol (B) Awang Ramli bin Abdul Hadis kepada Pengetua Sekolah Dr The Keng Watt. Menurut Lt. Kol. (B) Awang Ramli, sumbangan itu adalah salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat itu. Sementara itu Pengetua Sekolah, Dr Teh Kang Watt dalam ucapan penghargaannya mengatakan unit-unit penghawa dingin itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekolah itu.

Selain sumbangan, MESB juga akan melakukan kerja-kerja pemasangan penghawa dingin itu bagi kemudahan sekolah, menurut Lt. Kol. (B) Awang Ramli.

Pihak kakitangan dari Sekolah St John dan MESB bergambar ramai.
Pihak kakitangan dari Sekolah St John dan MESB bergambar ramai.
Unit-unit penghawa dingin baru yang dimuat turun untuk diberikan kepada pihak sekolah St John.
Unit-unit penghawa dingin baru yang dimuat turun untuk diberikan kepada pihak sekolah St John.

ARTIKEL YANG SAMA