Mesej dakwa PDRM cuba perangkap kenderaan Brunei berniat jahat

Mesej dakwa PDRM cuba perangkap kenderaan Brunei berniat jahat

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Sebaran mesej yang mendakwa kononnya polis trafik menggunakan kamera tersembunyi untuk memerangkap kenderaan dari Brunei bagi tujuan menampung dana kewangan pasukan itu dianggap satu tindakan berniat jahat.

Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Mahamad Akhir Darus berkata sebaran mesej itu juga mampu menjejaskan hubungan dua hala Malaysia dan Brunei, sekali gus mencalarkan imej dan kredibiliti pasukan itu.

“Mesej tersebut mendakwa kononnya gambar-gambar kenderaan asing disunting bagi tujuan menggunakannya sebagai satu helah untuk membolehkan pemandu ditahan semasa keluar dari sempadan negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mahamad Akhir berkata Operasi Saman Tertunggak Warga Asing dilaksanakan bertujuan menyelesaikan saman-saman tertunggak warganegara asing dari tahun 2010 sehingga September tahun ini dan disasarkan hanya terhadap rakyat asing yang melanggar undang-undang serta peraturan lalu lintas di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA