Mesi, Argentina diberi peluang

Mesi, Argentina diberi peluang

NEW YORK, 22 Feb (AFP)– Lionel Messi dan Argentina diberikan peluang bagi membalas dendam selepas diundi menentang juara Copa America, Chile dalam peringkat kumpulan bagi edisi khas perlawanan tersebut.

Argentina mengalami kekalahan kepada Chile dalam perlawanan pada Jun lalu di Santiago ketika kemarau kejuaraan utama mereka berterusan.

Bagaimana pun, Messi dan rakan sepasukannya berpeluang untuk membalas di Chile selepas diundi bersama pesaing Amerika Selatan mereka dalam Kumpulan D pada Ahad.

Copa America Centenario mengambil tempat di luar Amerika Selatan buat kali pertama tahun ini untuk meraikan 100 tahun perlawanan bola sepak antarabangsa yang tertua dunia.

10 buah bandar raya di Amerika Syarikat (AS) akan menghoskan perlawanan itu pada 3 hingga 26 Jun dalam perlawanan 16 pasukan, yang memperkenalkan 10 pasukan dari Amerika Selatan dan enam dari rantau CONCACAF.

Pertemuan Argentina menentang Chile adalah perlawanan yang menarik dari undian semalam di Hammerstein Ballroom, New York di Manhattan, Panama dan Bolivia yang melengkapkan Kumpulan D.

Tuan rumah AS akan memulakan perlawanan itu menentang Colombia dalam perlawanan pembukaan pada 3 Jun di Stadium Super Bowl di Santa Clara, California.

Perlawanan itu mungkin membawa petanda yang bagus bagi AS, yang menewaskan Colombia pada peringkat Piala Dunia 1994, perlawanan yang terkenal menerusi jaringan sendiri dari pemain pertahanan Colombia, Andres Escobar, yang kemudian di bunuh di negara sendiri dalam satu tindak balas.

ARTIKEL YANG SAMA