Mesin ATM di Bangkok diletup

BANGKOK, 13 Sept – Seorang yang disyaki perompak meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatic (ATM) dengan bom buatan sendiri di sebuah pasar raya di sini hari ini dan melarikan sebuah kotak wang yang mengandungi 481,700 Baht (kira-kira RM60,200).

Ketua Polis Biro Metropolitan, Lt Jen Sanit Mahatavorn yang melawat tempat kejadian berkata kejadian berlaku di Wilayah Soi Krungtheep Kreetha Prawet di Srinarakarin Road kira-kira 4:30 pagi (waktu tempatan). – Bernama