Mesin ATM diletup, RM70,000 lesap

Mesin ATM diletup, RM70,000 lesap

KOTA KINABALU, 11 Mei (Bernama) – Sebuah Mesin Teler Automatik (ATM) milik sebuah bank di Membakut, dekat sini diletupkan awal pagi tadi sebelum wang tunai dianggarkan RM70,000 dilarikan.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Mohd Azmir Abdul Razak berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.15 pagi dan disyaki dilakukan lebih daripada seorang suspek.

“Sejurus menerima panggilan daripada pihak bank berkenaan selepas kejadian itu, kita telah menghantar sepasukan anggota ke lokasi. Sebaik sahaja tiba didapati sebuah mesin ATM telah musnah,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan bahan letupan buatan sendiri dan kini pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.