Mesin basuh Samsung ditarik balik

Mesin basuh Samsung ditarik balik

SYDNEY, 23 Julai – Ribuan mesin basuh buatan Korea Selatan Samsung yang dijual di Australia telah diarahkan untuk ditarik balik selepas 206 buah meletup dan terbakar, menurut kerajaan New South Wales hari ini.

Satu kes melibatkan sebuah keluarga yang mana rumahnya terbakar selepas mesin basuh Samsung itu terbakar, menurut laporan penyiar ABC.

Lebih dari 144,000 mesin dijual di Australia di antara 2010 dan 2013 disyaki menghadapi risiko terbakar, menurut Victor Dominello, Menteri New South Wales yang bertanggungjawab ke atas perdagangan.

Penarikan wajib itu diikuti dua tahun penarikan sukarela terhadap enam jenis mesin basuh Samsung yang dijual di antara tahun 2010 dan 2013.

Kerajaan New South Wales berkata hanya 51 peratus daripada 55,000 mesin yang dijual di negara tersebut telah dipulangkan atau dibaiki, jadi ia memerlukan penarikan balik mandatori. – dpa

Salah satu produk mesin basuh keluaran Samsung. – Reuters
Salah satu produk mesin basuh keluaran Samsung. – Reuters