Mesin ‘belajar’ seperti manusia

Mesin ‘belajar’ seperti manusia

WASHINGTON, 11 Dis (AFP) – Para ahli sains telah mencipta mesin yang meniru cara otak manusia mempelajari maklumat baru, satu langkah ke hadapan bagi perisikan tiruan, menurut para penyelidik semalam.

Sistem itu yang digambarkan dalam Jurnal Science adalah model komputer ‘yang menangkap’ kemampuan unik manusia untuk mempelajari konsep baru daripada contoh tunggal,” menurut kajian itu.

“Meskipun model itu hanya mampu mempelajari huruf tulisan tangan daripada abjad, pendekatan itu mendasari ia boleh diperluaskan untuk mempunyai aplikasi bagi sistem berasaskan simbol, seperti isyarat, gerak tarian dan perkataan dituturkan dan bahasa isyarat.”

Joshua Tenenbaum, seorang profesor di Institusi Teknologi Massachusetts (MIT) berkata dia mahu membina mesin yang boleh meniru kemampuan mental kanak-kanak.

“Sebelum ke tadika, kanak-kanak belajar untuk mengenal konsep baru dari hanya contoh tunggal, dan malah boleh membayangkan contoh-contoh baru yang belum mereka lihat,” kata Tenenbaum.

“Kita masih jauh daripada membina mesin sepintar kanak-kanak manusia, tetapi ini adalah kali pertama kami mempunyai mesin yang mampu belajar dan menggunakan kelas besar konsep dunia sebenar – malah konsep visual mudah seperti huruf tulisan tangan – dalam cara yang sukar membezakan dari manusia.” Sistem ini dipanggil rangka ‘Pembelajaran Program Bayesian (BPL) yang mana konsep adalah merupakan program mudah komputer.

Para penyelidik menunjukkan bahawa model itu boleh menggunakan ‘pengetahuan daripada konsep sebelumnya untuk mencepatkan pembelajaran mengikut konsep baru,” seperti membina pengetahuan abjad Latin untuk mempelajari huruf dalam abjad bahasa Greek.

“Para pengarang kajian menggunakan model mereka kepada lebih 1,600 jenis huruf tulisan tangan dalam 50 sistem tulisan dunia, termasuklah Sanskrit, Tibet, Gujarat, Glagolitik – dan malah mencipta huruf seperti yang dari siri-siri televisyen Futurama,” kata kajian itu lagi.

Memandangkan manusia memerlukan data sangat sedikit untuk mempelajari konsep baru, penyelidikan boleh membawa kepada kemajuan baru dalam perisikan tiruan, menurut pengarang kajian itu.

ARTIKEL YANG SAMA