Mesin kecil lebih terjamin

Mesin kecil lebih terjamin

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Telekom Brunei Berhad (TelBru) akan mula mengguna pakai mesin penambat paling kecil di dunia, Fujikura 12s Fusion Splicer bagi membolehkan jurutera-juruteranya menjalankan tugas dengan selamat dan terjamin.

Majlis penyerahan rasmi 20 set peralatan penambatan berkenaan kepada jurutera-jurutera TelBru telah diadakan di bangunan TelBru, Sumbiling dan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, David Kay, hari ini.

Menurut kenyataan TelBru, hari ini, penambat digunakan untuk menyambung gentian-gentian optik dengan ketepatan tinggi bagi memastikan pemindahan data yang terjamin ke mana saja.

Bagaimanapun, saiz kecil mesin berkenaan tidak mengurangkan ketepatan penambatan.

Selain itu, mesin berkenaan mempunyai jangka hayat bateri yang lama dan jurutera-jurutera boleh membuat kerja sepanjang hari tanpa perlu mengecasnya. Ini memberikan lebih fleksibiliti dan perkhidmatan pelanggan yang lebih tinggi.

David Kay bersama juruteknik-juruteknik lain bergambar ramai di majlis penyerahan alat itu, di Bangunan TelBru.
David Kay bersama juruteknik-juruteknik lain bergambar ramai di majlis penyerahan alat itu, di Bangunan TelBru.
Salah seorang juruteknik ketika mendemonstrasikan peralatan penambatan berkenaan sambil disaksikan oleh David Kay dan lainnya.
Salah seorang juruteknik ketika mendemonstrasikan peralatan penambatan berkenaan sambil disaksikan oleh David Kay dan lainnya.
Peralatan penambatan baru.
Peralatan penambatan baru.

Di samping mesin penambat berkenaan, TelBru juga akan mengguna pakai peralatan baru lain seperti pengesan optik gentian baru yang boleh digunakan untuk mengesan kabel rosak di lokasi, dan Optical Time-Domain Reflectometer (OTDR) yang boleh digunakan untuk mengesan lokasi sebenar mana-mana lengkungan tajam yang boleh menyebabkan kerosakan kabel dalam lingkungan 20km.

Pengurus Kanan Operasi Rangkaian Akses, Buharie Amath, dalam kenyataan itu, berkata, “dengan peralatan serba canggih ini, jurutera-jurutera kami akan lebih responsif dan akan dapat menyelesaikan masalah semasa lawatan pertama ke premis pelanggan, yang akan memperbaiki kecekapan.”

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha TelBru untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan bagi memperbaiki perkhidmatan pelanggan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA