Mesin layan diri gergasi kereta

Mesin layan diri gergasi kereta

NASHVILLE, 22 Nov (Agensi) – Sebuah syarikat penjual kereta dalam talian, Carvana mencipta cara tersendiri yang menarik untuk menghantar kereta kepada pelanggan iaitu dengan menggunakan mesin layan diri gergasi (gambar).

Laman web Oddity Central melaporkan, Carvana menghasilkan konsep pembelian kereta menggunakan mesin layan diri itu pada tahun 2013 di Atlanta dan mengambil masa dua tahun untuk memperbaiki sistemnya supaya mesra pelanggan.

“Mesin layan diri tersebut sangat canggih kerana membolehkan pengguna mendapatkan ke­reta dengan memasukkan duit syiling khas.

pg19_151123_c

“Kami juga berjaya mengurangkan kos operasi kerana tidak perlu mengupah tenaga kerja yang banyak,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Carvana, Ernie Garcia. Untuk membeli kereta, pembeli boleh melihat gambar kereta yang diminati sebelum menempahnya di dalam laman web syarikat tersebut.

Kemudian, pelanggan perlu melengkapkan dokumen perjanjian sebelum diberi sekeping duit syiling khas yang boleh digunakan di mesin layan diri terbabit untuk mendapatkan kereta yang ditempah. Garcia berkata, mesin tersebut berbentuk seperti menara lima tingkat yang dindingnya diperbuat daripada kaca dan boleh memuatkan 20 buah kereta dalam satu-satu masa.