Mesir, Arab Saudi tubuh dana pelaburan AS$16 bilion

Mesir, Arab Saudi tubuh dana pelaburan AS$16 bilion

KAHERAH, 10 April (AFP) – Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dan Raja Saudi Salman bersetuju untuk menubuhkan dana pelaburan berjumlah AS$16 bilion semalam dan menyelesai perbalahan laut berlarutan tatkala raja berperlembagaan itu meneruskan lawatannya ke negara itu.

Sehari selepas Salman mengumumkan rancangan untuk membina sebatang jambatan di Laut Merah ke Mesir, pemimpin negara bertemu di Istana Abdeen di Kaherah untuk menyelia pemeteraian beberapa siri perjanjian yang diharapkan oleh Mesir akan membantu merangsang ekonominya.

Dalam salah satu pengumuman profil tertinggi, Kaherah berkata ia telah bersetuju untuk menandakan sempadan lautnya dengan Arab Saudi, secara rasmi menempatkan dua pulau di Selat Tiran di wilayah Saudi.

Lawatan raja berperlembagaan Saudi berusia 80 tahun ke Mesir telah dilihat sebagai petunjuk sokongan untuk Sisi, bekas ketua tentera yang mengguling pemimpin sebelum beliau Mohamed Morsi pada 2013.

Sejak mendarat pada Khamis, Salman dan rombongannya telah mengumumkan beberapa siri pelaburan di Mesir. Satu siaran televisyen negeri Mesir secara langsung semalam menunjukkan seorang pegawai mengumumkan perjanjian terbaru, ditandatangani oleh wakil setiap negara.

Gambar yang diberikan pada 7 April 2016 menunjukkan Abdel Fattah al-Sisi berjumpa dengan Raja Salman di Kaherah, Mesir. – Reuters
Gambar yang diberikan pada 7 April 2016 menunjukkan Abdel Fattah al-Sisi berjumpa dengan Raja Salman di Kaherah, Mesir. – Reuters

Kedua-dua negara bersetuju untuk “menubuhkan dana pelaburan Saudi-Mesir dengan modal berjumlah 60 bilion riyal, (AS$16 bilion)” kata juruhebah, tanpa memberikan butir lanjut.

Lebih satu dozen perjanjian lain, termasuk satu memorandum persefahaman untuk menubuhkan zon perindustrian di Mesir, juga diumumkan. Arab Saudi telah menjadi penyokong utama Sisi sejak penggulingan Morsi, di mana gerakan Persaudaraan Islam dilihat dengan penuh keraguan oleh Riyadh.

Ia telah mengepam berbilion dolar dalam bentuk bantuan dan pelaburan di Mesir. Pegawai dan media Mesir telah memberikan pujian kepada Salman, dengan televisyen negara mengalu-alu beliau ke ‘negara keduanya’ – sebuah negara yang dianggap oleh Riyadh sebagai asas dalam cita-citanya untuk menjadi pemimpin serantau berbanding Iran.

ARTIKEL YANG SAMA