Mesir berjuan...

Mesir berjuang mengekalkan tapak warisan lama

KAHERAH – Dengan ekonomi yang goyah berikutan bertahun-tahun kekacauan dan penurunan besar dalam sektor pelancongan, Mesir sedang berjuang untuk mengekalkan warisan arkeologinya itu.

Dari Alexandria di Mediterranean ke Great Pyramid di Giza – yang terakhir daripada Tujuh Keajaiban Dunia – dan Aswan ke selatan, negara Utara Afrika adalah rumah kepada monumen purba yang mengagumkan.

Selama bertahun-tahun, tapak tersebut telah membiayai sumber kewangan mereka melalui penjualan tiket.

Tetapi sejak revolusi Mesir 2011, jumlah pelancong yang melawat negara ini telah berkurangan, memaksa pihak berkuasa untuk berusaha lebih lagi bagi menampal jumlah kerugian pendapatan.

“Sejak Januari 2011, pendapatan kami telah jatuh mendadak, yang memberi impak yang besar terhadap momumen Mesir,” Kata Menteri Antikuiti, Khaled el-Enany memberitahu kepada AFP.

Lampu menerangi tapak sejarah Piramid Giza dan Sphinx bagi meraikan Tahun Baru di Mesir. – AP
Lampu menerangi tapak sejarah Piramid Giza dan Sphinx bagi meraikan Tahun Baru di Mesir. – AP
Cahaya biru menerangi Sphinx di tapak bersejarah Piramid Giza bagi meraikan Tahun Baru di Mesir. – AP
Cahaya biru menerangi Sphinx di tapak bersejarah Piramid Giza bagi meraikan Tahun Baru di Mesir. – AP

Dari lebih daripada 15 juta pengunjung pada tahun 2010, jumlah pelancong yang melawat Mesir telah menurun kepada 6.3 juta pelancong pada tahun 2015.

Tahun huru-hara bagi politik selepas pemberontakan 2011 terhadap Hosni Mubarak dan pejuang berani mati, diikuti dengan penggulingan tentera pengganti beliau pada tahun 2013, Mohamed Morsi telah menyebabkan pelawat tawar hati untuk melawat kawasan tersebut.

Hasil daripada tiket masuk ke tempat bersejarah itu menurun kepada kira-kira AS$38 juta pada tahun 2015, daripada kira-kira AS$220 juta di tahun 2010.

“Ia adalah suatu bencana,” kata Fayza Haikal, seorang pengkaji purba Mesir dan seorang profesor di Universiti Amerika di Kaherah.

Zahi Hawass, seorang ahli arkeologi dan bekas menteri antikuiti, berkata tapak warisan negara itu sedang mengalami kesakitan daripada kesan itu.

“Dengan kekurangan dana, anda tidak boleh memulihkan apa-apa. Lihatlah muzium Kaherah. Ia berada dalam kegelapan,” katanya, merujuk kepada Muzium Mesir yang terkenal di Tahrir Square di ibu negara.

“Dan anda tidak boleh meminta kepada kerajaan untuk menyokong anda kerana ekonomi tidak begitu baik. Dan keadaan objek-objek antik semakin merosot di mana-mana,” katanya.

Mentadbir barangan antik di negara ini mengambil masa kira-kira 38,000 pekerja, termasuk pekerja di tapak, juruteknik, ahli kaji Mesir Purba dan pemeriksa, kata kementerian itu.

Pelancong mengambil gambar di luar kuil Abu Simbel, selatan Aswan di hulu Mesir. – AFP
Pelancong mengambil gambar di luar kuil Abu Simbel, selatan Aswan di hulu Mesir. – AFP

Kerajaan telah bergantung kepada bantuan asing sejak penggulingan Morsi, dan akhirnya memutuskan untuk bantuan kewangan sebagai sebahagian daripada program pembaharuan ekonomi berhubung dengan pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa.

Sebahagian dalam kepentingan kebangkitan ekonomi adalah termasuk membawa pelancongan kembali ke tapak itu, iaitu sumber utama pendapatan mata wang untuk Mesir. Sehingga itu, Enany cuba untuk menghadkan kerosakan.

“Saya cuba untuk melakukan kerja-kerja tambahan untuk meningkatkan pendapatan,” katanya.

Sebagai contoh, Muzium Mesir, rumah kepada topeng emas Tutankhamun dan mumia firaun, kini dibuka hingga ke malam, katanya.

Pas tahunan juga disediakan untuk menggalakkan warga Mesir melawat tapak tersebut.

Penaung dan misi arkeologi masih menyumbang kepada pemeliharaan warisan purba Mesir, tetapi dana tidak dapat menampung segala-galanya.

“Keutamaan yang diberikan adalah kepada pemulihan,” kata Haikal.

“Tetapi terdapat aktiviti penggalian terpaksa dihentikan kerana kekurangan dana.”

Penggalian “boleh ditunggu bagi 5000 tahun dan ia boleh dilakukan,” katanya, dimana kerja-kerja pemulihan yang sangat penting juga telah ditangguhkan.

Pasukan keselamatan berdiri mengawal dan para pelancong berhimpun di dalam kuil Abu Simbel, selatan Aswan di hulu Mesir. – AFP
Pasukan keselamatan berdiri mengawal dan para pelancong berhimpun di dalam kuil Abu Simbel, selatan Aswan di hulu Mesir. – AFP
Gambar fail 22 Oktober 2016 menunjukkan kanak-kanak berdiri di luar kuil Abu Simbel, selatan Aswan di selatan Mesir. – AFP
Gambar fail 22 Oktober 2016 menunjukkan kanak-kanak berdiri di luar kuil Abu Simbel, selatan Aswan di selatan Mesir. – AFP

“Sekurang-kurangnya kita dapat mengenal pasti apa yang perlu dalam pemulihan itu, dan kami melakukan secara minimum bagi memastikan mereka dalam keadaan baik dan sepatutnya.”

Enany juga berusaha keras untuk memberikan akses awam kepada ke kebanyakkan tapak tersebut, sebagaimana yang telah dilakukan dengan pembukaan makam baru Nefertari dan Seti I di Luxor.

Muzium Malawi di wilayah selatan Minya juga telah dibuka semula, selepas perusuh me-rempuh masuk dan merompak semasa rusuhan berdaran berikutan penggulingan Morsi.

The Grand Egyptian Museum berhampiran dengan piramid Giza juga perlu dibuka, sekurang-kurangnya pada tahun 2018.

Bagi sesetengah projek, pihak kementerian boleh mendapatkan dana khas, seperti kerja-kerja pembaikan yang dilakukan baru-baru ini ke atas rumah ibadat Alexandria dan gereja Abu Mena, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO.

Hawass, penasihat Enany, berkata para menteri memerlukan lebih banyak sokongan dan juga pihak berkuasa perlu berfikir di luar Mesir dengan mengadakan pameran di luar negara.

“Mengapa meninggalkan Tutankhamun di muzium Kaherah, di kawasan yang gelap. Tiada siapa yang mahu melihatnya,” kata beliau. “Tutankhamun boleh memberikan kewangan!” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA