Mesir, Israel hidup usaha damai

Mesir, Israel hidup usaha damai

BAITULMUQADDIS, 10 Julai – Menteri luar negeri Mesir akan bertemu Perdana Menteri Benjamin Netanyahu hari ini dalam menghidupkan kembali usaha perdamaian dengan warga Palestin, lawatan pertama seumpamanya dalam masa hampir sedekad dan petanda terbaru hubungan mesra.

Lawatan itu muncul di tengah-tengah rundingan bagi pembaharuan inisiatif perdamaian Arab dan pihak tentera Israel baru-baru ini menerima kerjasama perisikan ‘yang tidak pernah berlaku dulu’ dengan Mesir bagi menangani kumpulan Islamic State (IS).

Menteri Luar Negeri, Sameh Shoukry yang akan mengadakan ‘rundingan panjang’ bersama Netanyahu berhasrat untuk membangkitkan semula proses perdamaian dengan Palestin, menurut pejabatnya.

Shoukry juga mengadakan rundingan dengan para pemimpin Palestin semasa lawatan ke bandar Ramallah, Tebing Barat pada 29 Jun.

Netanyahu mengesahkan lawatannya ke Israel dan berkata lawatan seumpamanya daripada menteri luar negeri Mesir adalah pada 2007.

Dua mesyuarat akan diadakan – pada 4:15 petang (1315 GMT) dan yang lain pada malamnya.

“Lawatan ini sangat pen-ting atas beberapa sebab,” kata Netanyahu.

“Ia mencerminkan perubahan dalam hubungan antara Israel dan Mesir, termasuk gesaan penting Presiden Sisi untuk mendahului proses perdamaian dengan rakyat Palestin dan negara-negara Arab.”

Kementerian luar negeri Mesir berkata Shoukry dan Netanyahu akan membincangkan ‘mene-tapkan asas dan spesifik pembinaan keyakinan antara warga Palestin dan Israel untuk mewujudkan persekitaran menyokong bagi menyambung semula rundingan langsung antara mereka dengan hasrat untuk mencapai penyelesaian komprehensif’.

Radio awam Israel juga mengatakan lawatan itu juga sebahagiannya dihasratkan untuk menyiapkan persediaan asas bagi kemungkinan lawatan daripada Netanyahu ke Kaherah, namun para pegawai belum lagi memberi komen atas laporan tersebut. – AFP