Mesir nafi projek Arabtec bina rumah tertangguh

Mesir nafi projek Arabtec bina rumah tertangguh

KAHERAH, 25 Mei (Reuters) – Seorang pegawai kerajaan Mesir hari ini menafikan laporan media tempatan yang mengatakan projek pembinaan Arabtec berpangkalan Dubai untuk membina sejuta buah rumah di negara utara Afrika telah tertangguh.

“Kami pada masa ini di peringkat bagi penyediaan kontrak selepas menerima persetujuan yang perlu dan kami menunggu pendapat pengurusan baru Arabtec,” penolong menteri perumahan, Khaled Abbad memberitahu Reuters melalui telefon.

Saham di Arabtec menurun 3.3 peratus semalam selepas akhbar Mesir, Al Mal melaporkan, memetik sumber tanpa nama, bahawa perjanjian berhubung projek itu yang telah gagal. Firma itu tidak dapat dihubungi untuk komen selanjutnya. Sahamnya meningkat 2.15 peratus pada awal perdagangan.

Ahli perniagaan Abu Dhabi, Mohamed Thani Murshed Ghannam al-Rumaithi telah dipilih menjadi pengerusi Arabtec awal bulan ini, yang terbaru dalam siri perubahan pengurusan kanan pada masa lalu.

Para pegawai Mesir telah mengatakan keseluruhan projek perumahan itu akan menelan belanja kira-kira 280 bilion paun Mesir ($36.7 bilion) dan Arabtec mengatakan pada April, fasa pertama akan melibatkan pembinaan 100,000 buah rumah.

Projek itu dilihat sebagai sebahagian daripada sokongan politik dan ekonomi bagi Mesir oleh Emirah Arab Bersatu, yang memberikan bilion dolar bantuan ke Kaherah sejak presiden Islamis, Mohamed Mursi disingkirkan pada 2013.