Mesir, Perancis adakan latihan tentera bersama

Mesir, Perancis adakan latihan tentera bersama

KAHERAH, 7 Mac (AFP) – Mesir dan Perancis bermula kelmarin menyertai latihan bersama di Mediterranean yang mana pesawat perang Rafale Perancis dibeli oleh Kaherah tahun lepas turut mengambil bahagian, menurut tentera Mesir.

Latihan tentera laut ‘Ramses 2016’ diadakan di luar pantai bandar Alexandria, Mediterranean dan dijangka akan berakhir beberapa hari, menurut tentera dalam laman Facebooknya.

Paris yang mengumumkan latihan ketenteraan pada Selasa itu mengatakan pengangkut pesawat udara Perancis, Charles de Gaulle, yang telah digunakan untuk melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Islamic State (IS) di Syria dan Iraq, juga akan mengambil bahagian.

Latihan itu bertujuan untuk ‘berkongsi kepakaran kami dengan tentera Mesir…salah satu rakan utama Timur Tengah kami,” kata kementerian pertahanan Perancis pada waktu itu.