Mesir tutup sempadan utama di Rafah

Mesir tutup sempadan utama di Rafah

KAHERAH, 21 Jun (Agensi) – Pihak berkuasa Mesir sekali lagi menutup sempadan utama penyeberangannya dengan Gaza setelah ia dibuka selama seminggu oleh kedua-dua pihak.

Pegawai sempadan Palestin Maher Abu Sabha berkata kelmarin bahawa anggota keselamatan Mesir menutup Penyeberangan Rafah pada lewat Jumaat sehingga notis selanjutnya.

Pegawai tersebut menyuarakan harapannya agar penyeberangan yang satu-satunya jalan keluar daripada kepungan wilayah Palestin dari Israel, akan “dibuka semula oleh kedua-dua pihak secara tetap.”

Abu Sabha juga berkata dalam satu keterangan sekurang-kurangnya “3,819 penduduk telah berjaya melintas sempadan itu dari Gaza dalam tempoh seminggu dan 1,012 lagi datang” di daerah pantai yang dikepung.

Terdapat “12,000 rakyat berdaftar dalam senarai Kementerian dalam negeri di Gaza yang masih menunggu giliran mereka untuk melakukan perjalanan,” menurut keterangan itu lagi.

Penyeberangan Rafah yang merupakan satu-satunya jalan keluar dan masuk warga Palestin.
Penyeberangan Rafah yang merupakan satu-satunya jalan keluar dan masuk warga Palestin.

Sumber berkata ini merupakan kali pertama dalam beberapa bulan penyeberangan itu dibuka untuk perjalanan orang ramai di kedua belah negara.

Anggota keselamatan Mesir sering menutup Penyeberangan Rafah kepada Palestin pada dua tahun kebelakangan, memetik kebimbangan keselamatan. Penyeberangan itu merupakan satu-satunya laluan untuk warga Palestin untuk keluar dan masuk dari daerah yang berada dalam kepungan bebas dari kawalan Israel.

Kaherah mengetatkan sekatan penyeberangan sempadan setelah tentera Mesir menggulingkan bekas Presiden Mohammed Morsi pada rampasan kuasa 2013.

Aggota keselamatan Mesir juga melancarkan tindakan keras terhadap terowong-terowong bawah tanah, yang merupakan satu-satunya talian hayat warga Palestin hidup di bawah kepungan Israel.

ARTIKEL YANG SAMA