Messi, Argentina tekad tamatkan kemarau

Messi, Argentina tekad tamatkan kemarau

Lionel Messi dan pasukan negaranya tekad untuk menamatkan kemarau tanpa gelaran mereka. – AFP
Lionel Messi dan pasukan negaranya tekad untuk menamatkan kemarau tanpa gelaran mereka. – AFP

LOS ANGELES, 1 Jun – Lionel Messi dan Argentina akan menyasarkan untuk menamatkan kemarau 23 tanpa gelaran negara itu apabila Copa Amerika Centenario bermula Jumaat ini selepas pergolakan masalah dicemari oleh dakwaan-dakwaan rasuah yang mengancam untuk menggagalkan acara itu.

Seratus tahun selepas Uruguay menjulang kejohanan pertama empat pasukan Amerika Selatan itu di Argentina, 16 pasukan dari seluruh Amerika telah berkumpul di Amerika Syarikat bagi edisi istimewa kejohanan itu.

Acara selama tiga minggu itu akan bermula di Stadium Levi’s di California Jumaat ini, apabila Amerika Syarikat akan menentang Colombia di stadium tuan rumah pasukan San Francisco 49ers (American football).

Kejohanan itu akan berakhir di Stadium New Jersey MetLife di Timur Rutherford pada 26 Jun, menandakan kejohanan terbesar diadakan di Amerika Syarikat sejak Piala Dunia 1994.

Dianggap sebagai sambutan bola sepak di seluruh Amerika, 10 pasukan Amerika Selatan dan enam pasukan dari rantau CONCACAF (North Amerika, Central Amerika dan Caribbean) menyertai kejohanan itu.

Bagi para penganjur, fakta semata-mata kejohanan itu berjaya diadakan adalah satu kejayaan.

Buat beberapa bulan tahun lepas, Copa berdepan satu masa depan tidak menentu selepas penangkapan dan dakwaan bagi rasuah beberapa pegawai dari Amerika Selatan dan CONCACAF yang bertanggungjawab untuk merealisasikan kejohanan itu.

Apabila pelan-pelan bagi kejohanan itu dilancarkan di acara gemilang di Miami pada 2014, Presiden CONCACAF, Jeffrey Webb dengan bangganya berdiri bersebelahan ketua persekutuan Amerika Selatan (CONMEBOL), Eugenio Figueredo.

“Benua Afrika mungkin telah ditemui pada 1492, namun saya tidak dapat membayangkan cara yang lebih baik untuk menyatukan benua ini dengan bola sepak,” kata Webb.

Namun jika pendakwa raya mempunyai cara mereka, kedua-kedua lelaki mungkin tidak lama lagi akan bertemu di penjara.

Webb dan Figueredo adalah dalam kalangan beberapa pegawai yang ditahan di Switzerland pada Mei 2015 sebagai sebahagian siasatan rasuah yang dipimpin AS yang kemudiannya membawa kepada kejatuhan Presiden FIFA Sepp Blatter. – AFP