Messi azam patahkan badi Copa

Messi azam patahkan badi Copa

SANTIAGO, 10 Jun (AFP) – Argentina menjadi pasukan pilihan untuk menamatkan kemarau trofi apabila Copa America bermula di sini semalam ketika Brazil yang kembali bangkit memburu pemulihan berikutan kempen hambar pada Piala Dunia tahun lepas.

Salah satu persaingan Copa yang ditunggu–tunggu dalam masa beberapa tahun diadakan di Santiago, dengan Chile melancarkan ekstrvaganza bola sepak Amerika Selatan selama tiga minggu menentang Ecaudor dalam Kumpulan A pada 8.30 malam (2330 GMT).

Perlawanan 12 pasukan itu adalah perhimpunan pemain berbakat bola sepak, dengan galaksi bintang–bintang yang berpangkalan di Eropah termasuk Lionel Messi, James Rodriguez, Alexis Sanchez dan Edinson Cavani yang bersedia untuk menyerlah.

Persaingan itu tiba sebagai sambutan tenang kepada badan induk Amerika Selatan, CONMEBOL, yang terjejas dengan dakwaan rasuah dalam skandal berterusan yang menggegarkan dunia boleh sepak.

Kapten pasukan Argentina, Messi dan rakannya dari Brazil, Neymar menuju Chile kurang seminggu selepas memberikan inspirasi kepada Barcelona dalam kejayaan Liga Juara–Juara di Berlin Sabtu lalu dalam aksi akhir bagi tiga kejayaan musim ini.

Messi bercakap dalam satu sidang akhbar di La Serena, Chile sebelum Copa America bermula. – AFP
Messi bercakap dalam satu sidang akhbar di La Serena, Chile sebelum Copa America bermula. – AFP

Keduanya mengenakan jersi nombor 10 menggalas harapan di bahu mereka, dengan Messi dijangka akan merasakan kejayaan pada perlawanan antarabangsa bersama Argentina dan Neymar berazam untuk memadamkan memori Piala Dunia tahun lepas. Sementara itu Messi adalah pemain utama dalam kemunculan Barcelona sebagai kuasa dominan dalam kelab bola sepak itu lebih sedekad lalu, tetapi belum merasakan kejayaan dengan jersi Argentina tanpa mengambil kira pingat emas Olimpik 2008.

“Tujuan kami adalah untuk menang tahun ini,” kata Messi, yang merasakan kesukaran selepas Argentina kalah tipis kepada Jerman pada Piala Dunia tahun lepas. “Adalah menarik untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan, untuk mengenakan jersi dan menjadi kapten,” tambah Messi. “Tetapi mendapatkan gelaran lebih menarik bagi saya.”

ARTIKEL YANG SAMA