Messi bantu Barca benam Espanyol

Messi bantu Barca benam Espanyol

MADRID, 7 Jan – Lionel Messi muncul pencetus kebangkitan Barcelona daripada bolos awal untuk memastikan kemenangan 4-1 ke atas Espanyol yang beraksi sembilan pemain, pada aksi suku akhir Copa del Rey, awal pagi tadi, waktu Malaysia.

Espanyol yang mengikat juara Eropah itu 0-0 pada aksi Sabtu lalu, mencipta kejutan untuk berada di depan hasil penyudah tenang dilakukan Felipe Caicedo seawal minit ke-9.

Namun Messi hanya memerlukan empat minit selepas itu untuk menyamakan kedudukan sebelum menambah jaringan buat Barcelona menerusi sepakan percuma.

Di babak kedua, tonggak dari Argentina itu melakukan umpanan menarik buat Gerard Pique dan Neymar untuk menambah dua lagi jaringan.

Namun Messi dianggap terselamat daripada sebarang kecederaan selepas dikasari penjaga gol lawan Pau Lopez.

Lionel Messi meraikan jaringannya bersama Neymar dan Jordi Ramos. - Reuters
Lionel Messi meraikan jaringannya bersama Neymar dan Jordi Ramos. – Reuters

Pada perlawanan itu, Arda Turan tampil buat kali pertama sejak berhijrah dari Atletico Madrid Julai lalu, selepas tempoh larangan mendaftarkan pemain baharu ke atas kelab Catalan itu berakhir Isnin lalu.

Dalam aksi lain, hatrik Alvaro Negredo menghadiahkan kemenangan kedua Gary Neville dalam tujuh perlawanan ketika memastikan Valencia mengatasi Granada 4-0.

“Kami kini ke arah arah yang betul,” kata Neville.

“Secara fizikalnya, kami lebih baik terutamanya dari segi permainan dan juga keyakinan. Tetapi perjalanan kami masih jauh dan tidak boleh hanya sekadar satu kemenangan.” – AFP