Messi, bapa bakal dibicarakan

Messi, bapa bakal dibicarakan

MADRID, 9 Okt (Agensi) – Lionel Messi akan dibicarakan di Sepanyol atas tiga pertuduhan penipuan cukai dan boleh dijatuhkan hukuman penjara hampir dua tahun jika didapati bersalah.

Hakim Sepanyol semalam menolak permintaan untuk membebaskan pemain Barcelona itu dari salah laku dan memutuskan untuk mendakwa beliau dan ayahnya, Jorge Horacio Messi, dengan penipuan cukai.

Pendakwa berkata Messi – pemain terbaik dunia sebanyak empat kali – tidak sedar sepenuhnya bahawa aktiviti ayahnya melanggar undang-undang dan seharusnya tidak didakwa, tetapi pejabat peguam negara menyatakan bahawa pemain penyerang Argentina itu cukup tahu untuk dinamakan dalam kes itu.

Pejabat peguam negara meminta bagi hukuman penjara 22 bulan dan 15 hari bagi Messi dan ayahnya, bersama-sama dengan denda dalam pertuduhan penipuan, pembayaran bagi kesemua prosiding perundangan dan kerugian bagi sebarang kemungkinan faedah cukai selama setahun setengah. Pendakwa meminta bagi hukuman penjara selama 18 bulan ke atas ayahnya, bersama-sama dengan denda 2 juta euro (AS$2.2 juta). Syarikat pengurusan hak imej Messi, Pengurusan Leo Messi, mempertahankan pemain itu, sambil berkata dia sudah dibebaskan oleh pendakwa.

Barcelona juga mengeluarkan kenyataan yang menyuarakan “kejutan terhadap perbezaan dalam kriteria” di antara keputusan oleh pendakwa dan pejabat peguam negara.

“Barcelona telah menyuarakan sokongan dan perpaduan kepada Leo Messi dan keluarganya dalam keadaan seperti itu,” tambah kenyataan.

“Kelab itu akan terus menawarkannya dan keluarganya sokongan dan bantuan penuh dalam perundangan, fiskal dan aspek pentadbiran prosiding ini.”

ARTIKEL YANG SAMA