Messi bawa Argentina ke separuh akhir

Messi bawa Argentina ke separuh akhir

FOXBOROUGH, 19 Jun (AFP) – Lionel Messi menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-54 untuk menyamai rekod penjaring terbanyak Argentina dan membantu skuad itu menewaskan Venezuela 4-1 pada suku akhir Copa America Contenario, sebentar tadi.

Bintang Barcelona itu menjaringkan gol keempat pada kejohanan berkenaan pada minit ke-60 di Stadium Gillette dan menyamai rekod lama penjaring antarabangsa Argentina yang dipegang Gabriel Batistuta.

Sementara itu, tiga lagi jaringan Argentina disumbangkan Gonzalo Higuain yang meledak dua gol dan Erik Lamela, manakala jaringan tunggal Venezuela dihasilkan Salomon Rondon.

Kemenangan itu turut menyaksikan Argentina mengesahkan tempat mereka di pusingan separuh akhir untuk menentang Amerika Syarikat, Rabu ini di Houston.

Lionel Messi meraikan jaringannya bersama Marcos Rojo. – AFP
Lionel Messi meraikan jaringannya bersama Marcos Rojo. – AFP

pg24_160620_CopaAmericaLogo

ARTIKEL YANG SAMA