Messi belum cukup cergas

Messi belum cukup cergas

BUENOS AIRES, 30 Ogos – Kecederaan pangkal paha mungkin menangguhkan kepulangan Lionel Messi kepada tugasan antarabangsa bersama Argentina, kelabnya Barcelona menyatakan kelmarin.

Messi telah bersedia kembali untuk kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay dan Venezuela selepas menarik balik keputusan mengejut untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa Jun lalu.

“Pemain itu akan ke Argentina untuk menyertai pasukan kebangsaan dan kesakitannya bakal mempengaruhi kemampuannya untuk perlawanan yang dijadualkan,” kata Barca dalam satu kenyataan.

Argentina menerima tamparan berganda dengan kecederaan Sergio Aguero dan Javier Pastore menarik diri daripada skuad itu pada Isnin.

Aguero cedera selepas otot kiri betisnya terkoyak dalam kemenangan 3-1 Manchester City menentang West Ham hujung minggu lalu, menurut kakitangan perubatan Persekutuan Pemain Argentina. Pemain tengah Paris Saint-Germain Pastore pula koyak otot betis kanan.

Messi mungkin tidak dapat turun bersama Argentina untuk kelayakan Piala Dunia kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. – AP
Messi mungkin tidak dapat turun bersama Argentina untuk kelayakan Piala Dunia kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. – AP

Messi telah mengumumkan persaraan antarabangsa selepas Argentina tewas pada final Copa America Centenario menentang Chile selepas gagal menyempurnakan tendangan penentuan penalti.

Ini adalah kali ketiga Argentina bersama Messi tewas final kejohanan utama dalam tempoh tiga tahun selepas tewas 1-0 kepada Jerman pada Piala Dunia 2014 dan satu lagi tewas sepakan penalti kepada Chile pada Copa Amerika 2015.

Pemain Terbaik Dunia lima kali itu menarik balik keputusannya tiga minggu lalu selepas pengurus baru Argentina Edgardo Bauza melawat beliau di Sepanyol untuk mengubah fikirannya.

Argentina menjadi tuan rumah kepada Uruguay di Mendoza Khamis ini sebelum menghadapi Venezuela untuk kelayakan Piala Dunia pada 6 September.

Argentina menduduki tempat ketiga daripada 10 pasukan dalam kelayakan Amerika Selatan selepas enam perlawanan daripada 18 pusingan. Empat pasukan teratas layak secara automatik ke Piala Dunia di Rusia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA