Messi berang

Messi berang

LA SERENA, Chile, 15 Jun (AFP) – Lionel Messi memberikan amaran kepada rakan sepasukannya dari Argentina bahawa pertemuan Copa America menentang Uruguay esok adalah persaingan mesti menang selepas seri menentang Paraguay.

Pasukan pilihan itu dikejutkan Sabtu lalu selepas mereka mensia-siakan pendahuluan 2-0 sehingga Paraguay berjaya menyamakan kedudukan 2-2 dengan jaringan penyamaan akhir dalam Kumpulan B.

Persembahan goyah pertahanan Argentina pada separuh masa kedua menyebabkan keupayaan mereka untuk menghasilkan persembahan menarik memenangi gelaran di Chile diragui ketika skuad gerardo Martino itu memburu kejuaraan utama yang pertama dalam tempoh 22 tahun.

Messi yang menjaringkan satu gol bagi Argentina sebelum menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti, tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas apa yang dilihat sebagai kemenangan pembukaan selesa yang berakhir dengan keputusan seri.

“Untuk mendahului 2-0 dan selesai dengan seri menjadikan saya marah. Lihat sekarang, anda perlu menyatakan bahawa persaingan menentang Uruguay adalah permainan yang perlu kami menangi,” kata kapten pasukan Argentina itu.

Reaksi Messi apabila terlepas peluang menjaringkan gol semasa menentang Paraguay dalam aksi Copa America di La Serena, semalam. – AFP
Reaksi Messi apabila terlepas peluang menjaringkan gol semasa menentang Paraguay dalam aksi Copa America di La Serena, semalam. – AFP

Juara bertahan Uruguay memulakan kempen dengan kemenangan 1-0 ke atas Jamaica Sabtu lalu.

Dengan Argentina masih perlu menentang Jamaica dalam perlawanan terakhir mereka, satu kemenangan ke atas Uruguay esok akan memberikan pasukan yang diteraju Messi peluang kuat untuk mengungguli kumpulan – dan menghindarkan kemungkinan pertemuan suku akhir menentang Brazil.

Tetapi pasukan Argentina sedar dengan ancaman Uruguay yang mengetepikan jiran mereka di tempat sendiri empat tahun yang lalu.

Messi berkata Argentina gagal untuk memberikan reaksi apabila Paraguay memilih pendekatan serangan pada separuh masa kedua Sabtu lalu.