Messi bersara dari arena antarabangsa

Messi bersara dari arena antarabangsa

EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat, 27 Jun (AFP) – Lionel Messi mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak antarabangsa, hari ini selepas kekalahan Argentina kepada Chile di final Copa America.

Bintang Barcelona itu dilihat sungguh kecewa selepas terlepas sepakan penalti bagi membolehkan Chile merampas kejayaan yang ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti kekalahan keempat berturut-turut Messi dalam final kejohanan besar mewakili Argentina.

“Bagi saya pasukan kebangsaan sudah berakhir,” kata pemain berumur 29 tahun kepada pemberita.

“Saya sudah lakukan segala yang saya boleh, saya berada dalam empat final dan ia menyakitkan apabila tidak muncul juara.

Kekecewaan jelas terlihat di wajah Messi selepas perlawanan tersebut. - AFP
Kekecewaan jelas terlihat di wajah Messi selepas perlawanan tersebut. – AFP

“Ia adalah saat sukar buat saya dan pasukan, dan ia sukar dikatakan tetapi ia sudah berakhir bersama pasukan Argentina.”

Pengumuman dramatik Messi itu berlaku selepas kekalahan ketiga Argentina dalam final kejohanan utama sejak 2014.

Mereka ditewaskan Jerman 1-0 pada final Piala Dunia 2014 dan tewas penalti juga kepada Chile dalam final Copa America 2015.

Messi juga mengharungi kekalahan bersama Argentina di final Copa America 2007.

ARTIKEL YANG SAMA