Messi cergas bagi perlawanan kedua

Messi cergas bagi perlawanan kedua

SANTA CLARA, Amerika Syarikat, 7 Jun – Jurulatih pasukan Argentina, Gerardo Martino menjangka Lionel Messi akan cergas bagi persaingan kedua pasukannya dalam Copa America Centenario minggu ini walaupun jika dia berpuas hati bahawa juara dunia dua kali itu akan menyesuaikan kedudukan tanpa pemain bintang yang cedera itu.

Martino adalah seorang lekaki yang gembira selepas menyaksikan perlawanan pembukaan Argentina dalam kempen Kumpulan D dengan kemenangan meyakinkan 2-1 semalam ke atas juara Copa America, Chile, keputusan yang akan memudahkan laluan mereka ke suku akhir.

Jaringan dari pemain terbaik Angel Di Maria dan Ever Banega menyelamatkan mata bagi pasukan Argentina, yang meletakkan Messi yang mengalami kecederaan di bangku simpanan di Stadium Levi’s ketika dia dalam penyembuhan daripada kecederaan belakang.

Martini mendedahkan Pemain Terbaik Dunia FIFA itu, 28, akan cergas bagi perlawanan kumpulan kedua Argentina menentang Panama di Soldier Field, Chicago pada Jumaat.

Messi yang berada di bangku pemain simpanan sepanjang perlawanan itu. – AFP
Messi yang berada di bangku pemain simpanan sepanjang perlawanan itu. – AFP

pg22_160608_CopaAmericaLogo

“Dia terus bekerja keras di sini, dia menyepak bola lebih baik sekarang,” kata Martino.

“Kami menjangka dalam empat hari dia akan berada dalam keadaan yang bagus. Jadi kami memikirkan kami akan berada dalam kedudukan yang lebih baik.”

Walaupun pengganti Messi, Nicolas Gaitan dari Benfica, membuat persembahan menarik di bahagian kanan dari tiga penyerang Argentina, Martino tidak mengambil kira kepen-tingan ketiadaan pemain utama mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA