Messi direhatkan tiga minggu

Messi direhatkan tiga minggu

BARCELONA, 22 Sept – Lionel Messi terpaksa berehat dari sebarang aksi bola sepak selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika Atletico Madrid bangkit mengikat Barcelona 1-1 dalam saingan Liga Sepanyol di Nou Camp, awal semalam.

Ivan Rakitic membuka tirai jaringan buat Barcelona untuk mendahului pada babak pertama tetapi Angel Correa berjaya menyamakan kedudukan buat Atletico, dua minit selepas Messi terpaksa dikeluarkan susulan kecederaan minit ke-59.

“Bola sepak hilang seri tanpa kelibat Messi dan itu membawa maksud kami juga tewas. Kini, kami perlu mencari jalan penyelesaian.

“Dengan kehadiran Messi, pasukan kami bertambah kuat namun tanpa dia kami tetap pasukan yang kuat,” kata jurulatih Barcelona, Luis Enrique.

 Lionel Messi ketika mengalami kecederaan itu pada perlawanan menentang Atletico Madrid. - AFP
Lionel Messi ketika mengalami kecederaan itu pada perlawanan menentang Atletico Madrid. – AFP

Messi dijangka terlepas perlawanan membabitkan Barcelona menentang Sporting Gijon dan Celta Vigo dalam saingan liga selain pertemuan dengan Borussia Moenchengladbach dalam saingan Liga Juara-Juara.

Dia juga terlepas aksi buat Argetina dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Peru dan Paraguay.

Pemain terbaik dunia lima kali itu sebelum ini terlepas aksi bersama Argentina ketika menentang Venezuela dalam kempen kelayakan, awal bulan ini susulan masalah kecederaan yang sama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA