Messi gagal ‘pikat’ 30 kapten

Messi gagal ‘pikat’ 30 kapten

LONDON, 13 Jan (Agensi) – Bastian Schweinsteiger dari Jerman dan James Rodriguez (Colombia) adalah antara 30 kapten pasukan kebangsaan yang tidak mengundi Lionel Messi untuk Ballon d’Or.

Messi menewaskan Ronaldo dan Neymar untuk anugerah berprestij itu dengan 41 peratus undian Isnin lalu, namun di sebalik menjaringkan 52 gol untuk kelab dan negaranya tahun lalu, Messi belum mampu memikat sekelompok kapten pasukan antarabangsa.

Tidak mengejutkan apabila Ronaldo memilih untuk tidak mengundi musuhnya, sebaliknya memilih rakan sepasukan Karim Benzema, Rodriguez dan Gareth Bale.

Rodriguez memilih Ronaldo, Benzema dan Bale, manakala kapten Liberia, memilih Ronaldo, Benzema dan Toni Kroos sementara kapten Australia, Mile Jedinak mengundi Ronaldo, Robert Lewandowski dan juga Neymar.

Schweinteiger mengekalkan semangat ‘Bavaria’ apabila mengundi untuk dua pemain Bayern Munich, Muller dan Neuer serta Neymar dengan kapten Cameroon, Stephane Mbia memilih Yaya Toure, Zlatan Ibrahimovic dan Manuel Neuer.

(Dari kiri) Pemain Barcelona, Dani Alves, Neymar, Lionel Messi, Pengurus Teknikal, Robert Fernandez dan Anres Iniesta pada majlis anugerah Ballon d’Or di Zurich kelmarin. – AFP
(Dari kiri) Pemain Barcelona, Dani Alves, Neymar, Lionel Messi, Pengurus Teknikal, Robert Fernandez dan Anres Iniesta pada majlis anugerah Ballon d’Or di Zurich kelmarin. – AFP

Sementara kapten Peru, Claudio Pizarro mengundi untuk Neuer, Thomas Muller dan Toni Kroos manakala kapten Austria, Christian Fuchs, juga tidak mengundi Messi apabila memilih Neuer, Eden Hazard dan Ronaldo selaku tiga pemain terbaik.

Malah, semua empat kapten pasukan antarabangsa dalam pasukan Real Madrid dan Barcelona memilih untuk mengundi rakan sepasukannya dengan Neymar memilih Messi, Suarez serta Ivan Rakitic.

Messi juga mengundi pemain Barcelona dengan Luis Suarez, Neymar dan Andres Iniesta menjadi pilihan tiga pemain terbaiknya. Namun, kapten Guinea, Florentin Pogba mengundi Messi, Ronaldo dan Neuer sekali gus mengabaikan abangnya, Paul Pogba, yang turut tercalon dalam kesebelasan utama terbaik FIFPro bagi tahun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA