Messi kekal bersama Barca

Messi kekal bersama Barca

MADRID, 12 Julai – Lionel Messi tidak berhasrat untuk meninggalkan Barcelona susulan hukuman yang dikenakan terhadapnya atas dakwaan penipuan cukai, kata jurucakap kelab itu, Josep Vives.

Mahkamah Barcelona minggu lalu mengarahkan Messi dan bapanya untuk menjalani hukuman penjara selama 21 bulan dan denda masing-masing AS$2.2 juta dolar dan AS$1.65 juta atas kesalahan terbabit.

Kedua-duanya tampak tidak akan menjalani hukuman penjara terbabit disebabkan undang-undang Sepanyol yang mengatakan pesalah kesalahan pertama yang dikenakan hukuman kurang dua tahun atas kesalahan jenayah tidak perlu menjalani hukuman penjara.

Begitupun, kedua-duanya sudah pun melakukan rayuan kepada Mahkamah Tinggi. Media di England baru-baru ini melaporkan bapa Messi dan ejennya, Jorge sudah menemui pemilik Chelsea, Roman Abramovich di atas kapal layarnya yang lantas meningkatkan persoalan sama ada bintang itu akan kekal di Barca atau tidak.

Gambar fail 2 Jun 2016 menunjukkan Messi (tengah) meninggalkan sebuah mahkamah di Barcelona selepas menghadiri perbicaraannya berhubung penipuan cukai. - AP
Gambar fail 2 Jun 2016 menunjukkan Messi (tengah) meninggalkan sebuah mahkamah di Barcelona selepas menghadiri perbicaraannya berhubung penipuan cukai. – AP

“Kami kekal berhubung dengan wakilnya dan kami tidak merasa bimbang Leo mahu meninggalkan kelab, kami dengan mudah tidak merasa seperti itu,” kata Vives kepada wartawan Sepanyol, semalam.

“Kami tidak bimbang mengenai perkara ini, tiada apa sampai kepada kami yang mengakui kes ini.”

Vives begitupun meminta kepada peminat untuk “menzahirkan simpati” kepada bintang Argentina itu dengan menyertai kempen di media sosial yang dilancarkan kelab itu digelar

“Kami semua adalah Leo Messi.” “Ia adalah kempen yang mudah namun kami berharap ia akan menunjukkan betapa banyak sokongan kami kepadanya,” kata Vives. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA