Messi kembali beraksi di Liga Juara-Juara

Messi kembali beraksi di Liga Juara-Juara

MADRID, 23 Nov (AFP) – Baru sahaja menumpaskan pesaing ketat Real Madrid 4-0 pada hujung minggu, Barcelona menyasarkan untuk menggenggam tempat dalam senarai 16 pasukan Liga Juara-Juara apabila mereka mengunjungi Camp Nou esok.

Juara Eropah itu hanya perlu satu mata untuk mencecah peringkat knockout bagi 12 musim berturut-turut dan bakal dimantapkan lagi degan kehadiran Lionel Messi di awal permainan bagi kali pertama dalam tempoh dua bulan.

Messi kembali sebagai pemain simpanan akibat kecederaan ligamen lututnya dengan ketika itu Barca sudah pun mendahului 3-0 ketika menentang Real Madrid dan memainkan peranannya tatkala Luis Suarez menjaringkan gol keduanya untuk menjadikan malam bersejarah bagi Catalans.

Suarez dan Neymar kerap menyelamatkan kedudukan Barca ketika tanpa kehadiran Messi, menjaringkan 24 dari 28 gol akhir mereka dalam semua perlawanan.

Lionel Messi duduk menonton ketika perlawanan Real Madrid menentang Barcelona di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid pada 21 November 2015. – AFP
Lionel Messi duduk menonton ketika perlawanan Real Madrid menentang Barcelona di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid pada 21 November 2015. – AFP

Dan dengan kemenangan itu juga menjadikan skuad mereka peneraju dalam kumpulan, dan bos Barca Luis Enrique tidak akan merehatkan barisan bintangnya itu menjelang beberapa minggu yang sibuk dalam liga, Piala dan Liga Juara-Juara sebelum mereka terbang ke Jepun bagi Piala Dunia pada akhir Disember.

Sementara ia akan menjadi sesuatu yang mengecewakan jika Barca gagal layak, Roma pastinya akan bermain dalam dua perlawanan final kumpulan jika mereka tersenarai dalam 16 akhir bagi kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Pasukan dari Itali itu menduduki tempat kedua dalam kumpulan, satu mata mengatasi Bayer Leverkusen dan dua mata mengatasi BATE Borisov, yang mereka jadi hos dalam perlawanan final mereka.

Roma got memulakan kempen mereka dengan permulaan yang hebat, mengikat seri 1-1 dengan Barca di ibu negara Itali, terima kasih ke atas serangan sensasi oleh Alessandro Florenzi.

ARTIKEL YANG SAMA