Messi kembali berlatih bersama Barcelona

Messi kembali berlatih bersama Barcelona

BARCELONA, 13 Okt – Bintang bola sepak dunia Lionel Messi kembali menjalani latihan bersama Barcelona hari ini selepas tiga minggu berehat akibat kecederaan pangkal paha.

Pertahanan Perancis Samuel Umtiti turut kembali berlatih, kata Barcelona dalam kenyataan di laman sosial mereka.

“Kedua-dua Leo Messi dan Samuel Umtiti, walaupun belum pulih sepenuhnya untuk dinamakan dalam skuad, mereka sudah kembali menyertai rakan sepasukan dalam latihan.

Messi, 29, terkoyak otot di bahagian pangkal paha ketika keputusan 1-1 menentang pesaing La Liga, Atletico Madrid 21 September lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, pemain-pemain kebangsaan Sepanyol antaranya Andres Iniesta, Gerard Pique dan Sergio Busquets juga sudah kembali dari rehat perlawanan antarabangsa.

Messi dilaporkan sudah kembali berlatih bersama skuad Barcelona dan mungkin bersedia diturunkan untuk aksi La Liga hujung minggu. – AFP
Messi dilaporkan sudah kembali berlatih bersama skuad Barcelona dan mungkin bersedia diturunkan untuk aksi La Liga hujung minggu. – AFP

Kepulangan itu menyuntik baru Barca yang menyaksikan bek Sepanyol Sergi Roberto dan penjaga gol gantian Jasser Cillasen dari Belanda kembali dari rehat antarabangsa dengan kecederaan.

Seorang lagi bek tengah, Jordi Alba dan pemain tengah Croatia Ivan Rakitic tidak dapat beraksi dalam tempoh terdekat.

Barca akan melayan kunjungan Deportivo La Coruna Sabtu ini sebelum Manchester City bertandang ke Camp Nou minggu depan bagi pertemuan Liga Juara-Juara. – AFP