Messi kembali sertai kesebelasan utama

Messi kembali sertai kesebelasan utama

CHICAGO, 10 Jun – Lionel Messi akan kembali dalam senarai utama skuad Copa America Centenario Argentina untuk berdepan dengan Panama, esok, jurulatih Argentina, Gerardo Martino mengesahkan hari ini.

Messi sebelum ini disenarai sebagai pemain gantian yang tidak diturunkan ketika Argentina mencatat kemenangan 2-1 ke atas penyandang juara, Chile pada aksi pembukaan Kumpulan D di Santa Clara, California, Selasa lalu selepas dipalit kecederaan belakang.

Begitupun, penyerang sensasi Barcelona itu dijangka tampil beraksi ketika bertemu Panama di sini.

“Leo berlatih dengan normal, dia akan bermain,” kata Martino ketika sidang media.

Kedua-dua pasukan ketika ini sudah mengumpul tiga mata selepas Panama yang tampil buat pertama kali dalam kejohanan tertua dunia itu mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bolivia yang dijadual menentang Chile di Foxborough pada hari sama.

Messi dalam kem latihan bersama Argentina. – AFP
Messi dalam kem latihan bersama Argentina. – AFP

pg22_160611_CopaAmericaLogo

“Kamu boleh bekerja keras untuk membina pasukan, namun menentang Messi, tiada apa yang boleh kamu lakukan. Jika Messi menjadi inspirasi, dia boleh membunuh kamu,” kata jurulatih Panama Hernan Dario Gomez.

“Biar sekali bila kerja atas taktik dan pasukan, namun individu adalah segala-galanya dalam bola sepak.

“Messi adalah lelaki yang lebih daripada semua orang,” katanya mengenai kapten Argentina itu yang juga pemenang anugerah pemain terbaik dunia lima kali.

Pengurus kelahiran Colombia itu berkata pemainnya menikmati permainan menentang pasukan kelas dunia dalam usaha pasukan mengharungi peringkat terakhir kelayakan Piala Dunia 2018 zon CONCACAF.

Messi pula sebelum itu memang berhasrat untuk mendapatkan sedikit rehat sebelum saingan kalah mati kejohanan itu bermula.

“Sebelum aksi menentang Chile, Messi tidak banyak berlatih dengan bola,” kata Martino. “Namun semalam, dia sudah berlatih tanpa sebarang kesakitan.

“Dia amat bermotivasi dan sentiasa teruja dengan prestasi yang ditampilkan pasukan ketika menentang Chile.”

Ini kali pertama Messi kekal di bangku simpanan untuk keseluruhan permainan selama 10 tahun, sejak kekalahan di suku akhir Argentina di Piala Dunia 2006 ketika tewas kepada Jerman. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA