‘Messi Korea’...

‘Messi Korea’ julang harapan B-20 negara

SEOUL, 18 Mei – Walaupun Korea Selatan mempunyai dua pemain Barcelona dalam skuad mereka tetapi ‘Messi Korea’ Lee Seung-Woo bakal menjadi tumpuan apabila kejohanan Piala Dunia B-20 FIFA bermula Sabtu ini.

Walaupun midfield Paik Seung-Ho merupakan pemain bertaraf tinggi tetapi Lee yang bermain untuk B-19 Barcelona sebagai Juvenil A, adalah orang yang sentiasa dicari-cari media nasional untuk berita terkini tentang gaya fesyen dan pilihan pengikat rambutnya.

Lionel Messi tulin yang memenangi anugerah ‘Bola Emas’ dan juga ‘Kasut Emas’ pada kejohanan 2005 menjadi inspirasi kepada Lee sejak beliau ditemui oleh gergasi kelab Sepanyol pada 2010 dan diambil pada tahun berikutnya.

Ia bukan mengenai kemahiran menggelecek, rentak dan keyakinan pemain berusia 19 tahun itu yang mengingatkan penonton kepada Messi tetapi jaringan gol beliau di Barcelona. Pada usia 13 tahun beliau telah memecahkan rekod kelab pemain dari Argentina itu.

“Saya telah banyak mendengar mengenai Lee,” kata Diego Maradona yang berada di Seoul Mac lalu untuk majlis cabutan rasmi kejohanan.

Messi Barcelona yang seterusnya ini juga menjadi harapan Korea Selatan pada kejohanan B-20. – AFP
Messi Barcelona yang seterusnya ini juga menjadi harapan Korea Selatan pada kejohanan B-20. – AFP

“Saya berharap untuk melihat apa yang boleh dilakukannya terutama terhadap Argentina,” kata Maradona yang juga memenangi anugerah kejohanan MVP 1979.

Korea telah diundi bersama pasukan Amerika Selatan dalam Kumpulan A bersama dengan England dan membuka perlawanan dengan menentang Guinea.

Enam belas daripada 24 pasukan kejohanan itu akan mara ke pusingan kedua iaitu dua pasukan teratas daripada enam kumpulan dan empat terbaik akan merebut tempat ketiga.

“Pasukan bola sepak mempunyai 11 pemain di padang tetapi di saat-saat genting, pemain utama seperti Lee dan Paik perlu bertindak untuk berbuat sesuatu.

“Lee mempunyai keupayaan untuk mengubah permainan dan mempunyai bakat untuk menjadi pemain yang bagus dan cemerlang,” kata Choi Kang-Hee, jurulatih Jeonbuk Motors yang memenangi Liga Juara-Juara AFC 2016. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA