Messi masih buru jaringan

Messi masih buru jaringan

CHILE, 2 Julai (Reuters) – Ketika Lionel Messi mengembangkan kerjayanya, dia telah menjadi penyumbang assist paling produktif begitu juga sebagai penjaring gol berbahaya dan memberikan satu lagi persembahan menarik dari kreativiti di Copa Amerika pada Selasa lalu.

Pemain penyerang dari Argentina itu, yang belum menjaringkan gol dari perlawanan terbuka dalam lima perlawanan di Chile, memberikan umpanan tiga gol bagi rakan sepasukannya dalam membenam Paraguay 6-1 yang membolehkan pertemuan menentang tuan rumah dalam perlawanan akhir pada Sabtu ini.

Ia adalah kali pertama Messi menghasilkan tiga assist dalam satu perlawanan bagi negaranya dan hanya kali kedua dalam kerjayanya selepas dia mencapai kedudukan itu ketika beraksi bagi Barcelona dalam perlawanan Piala Raja menentang Levante pada Januari 2014.

Pemain itu, 28, mencatatkan 31 assist bagi kelab itu dan negara setakat 2014-15, kekurangan dari rekodnya 33 dari 2011-12.

“Ia tidak mengganggu saya kerana saya tidak menjaringkan gol,” Messi memberitahu wartawan selepas perlawanan di Concepcion.

Messi ketika perlawanan separuh akhir Copa America menentang Paraguay. – Reuters
Messi ketika perlawanan separuh akhir Copa America menentang Paraguay. – Reuters

“Saya berharap gol saya akan berlaku di final,” tambahnya.

“Perkara paling penting adalah untuk membawa pasukan kebangsaan kepada kedudukan yang tinggi dan ia tidak mengira siapa yang menjaringkan gol.”

Messi berusaha untuk memenangi Copa Amerika untuk mencatatkan musim terbaik apabila dia membantu kemenangan Barca dalam Liga Juara–Juara, liga domestik dan gelaran Piala.

Dia kembali bangkit dari kempen mengecewakan 2013-14, apabila Barca gagal untuk mencatatkan sebarang kejayaan dan Argentina dikalahkan 1-0 oleh Jerman dalam Piala Dunia.

Argentina cuba untuk memenangi Copa Amerika buat kali pertama sejak 1993, setelah tewas kepada Brazil pada 2004 dan 2007 sebelum diketepikan menerusi sepakan penalti dalam suku akhir di tempat sendiri pada 2011.