Messi muncul wira Barca benam Malaga

Messi muncul wira Barca benam Malaga

MADRID, 24 Jan – Lionel Messi menjaringkan gol kemenangan menakjubkan untuk membantu Barcelona ke persada La Liga selepas menundukkan Malaga 2-1, malam tadi.

Juara Eropah itu memulakan aksi dengan sempurna apabila mendahului menerusi Munir El Haddadi ketika perlawanan baharu berusia 64 saat, namun kembali disamakan oleh Juanpi 13 minit sebelum rehat separuh masa.

Pemain terbaik dunia lima kali yang bergelut dengan masalah hamstring itu tampil dengan sepakan voli menarik untuk memastikan gol ke-20 buat dirinya musim ini, sekali gus melonjakkan Barca di puncak dengan kelebihan satu mata ke atas Atletico Madrid yang akan beraksi malam ini.

“Kami bermula dengan jaringan pada minit pertama untuk meletakkan segala-galanya di landasan tepat. Tetapi kami belum cukup bagus apabila menamatkan babak pertama dengan 1-1.

“Bersambung babak kedua, kami kembali kukuh dan bermain seperti kebiasaan. Ia menunjukkan karakter penting bagi sesebuah pasukan untuk meraih kemenangan ketika tampil dengan aksi buruk,” kata kapten Barcelona, Andres Iniesta. – AFP

Lionel Messi ketika meraikan gol kemenangan bagi kelabnya. - Reuters
Lionel Messi ketika meraikan gol kemenangan bagi kelabnya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA