Messi mungkin terlepas perlawanan bertemu Celtic

Messi mungkin terlepas perlawanan bertemu Celtic

BARCELONA, 6 Sept – Ketersediaan Lionel Messi untuk aksi pembukaan Liga Juara-Juara Barcelona menentang Celtic minggu depan masih diragui selepas ujian mengesahkan Pemain Terbaik Dunia lima kali itu mengalami kecederaan pangkal paha.

Messi kembali ke Sepanyol dengan kecederaan selepas menjaringkan gol kemenangan menentang Uruguay Khamis lepas dalam perlawanan pertamanya bersama Argentina sejak menarik balik keputusan bersara daripada bola sepak antarabangsa.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Barcelona berkata ujian mengesahkan kecederaan pada pangkal paha kirinya dan Messi akan memohon untuk mengurangkan sesi latihan dalam beberapa hari akan datang.

Kecergasan Messi diragui untuk pertemuan Liga Juara-Juara Barcelona dengan Celtic minggu depan. – AFP
Kecergasan Messi diragui untuk pertemuan Liga Juara-Juara Barcelona dengan Celtic minggu depan. – AFP

Juara Sepanyol itu enggan menyatakan berapa lama Messi akan diketepikan, tetapi Barca tidak mungkin mengambil sebarang risiko bagi perjalanan Alaves ke Nou Camp pada Sabtu dengan tujuh perlawanan akan ditempuhi dalam tempoh 22 hari.

“Segala-galanya baik. Saya perlu mengurangkan beberapa tugasan ketika saya pulih dengan fisio dan tiada apa yang perlu dibimbangkan,” Messi berkata di laman rasmi Facebook beliau. – AFP