Messi pemenang terakhir Ballon d’Or

Messi pemenang terakhir Ballon d’Or

PARIS, 16 Sept – Satu kontrak perjanjian membabitkan Anugerah Ballon d’Or yang dimeterai antara majalah France Football bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kini sudah berakhir.

Perkara itu diumumkan oleh syarikat penerbitan Perancis itu serta badan induk bola sepak antarabangsa itu, hari ini.

Anugerah yang menjadi idaman semua pemain itu akan kembali diuruskan oleh syarikat penerbitan Perancis itu susulan penamatan persetujuan antara bola sepak Perancis dengan FIFA.

Penerima anugerah seterusnya akan ditentukan menerusi undian daripada para wartawan yang menyaksikan pemain dan jurulatih tidak lagi diberi peluang untuk memilih pemain terbaik.

Bintang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi mencatat rekod apabila memenangi anugerah terbabit buat kali kelima pada pada 2015. – AFP

Gambar fail Messi yang menjadi pemenang terakhir Anugerah Ballon d’Or 2015. – AFP
Gambar fail Messi yang menjadi pemenang terakhir Anugerah Ballon d’Or 2015. – AFP