Messi penyela...

Messi penyelamat Barca

MADRID, 9 Jan – Permulaan lembap Barcelona dalam tahun 2017 berterusan apabila mereka sekali lagi tercicir mata untuk mengejar pendahulu La Liga, Real Madrid, dengan sepakan percuma menarik Lionel Messi di saat akhir hanya mampu menyelamatkan satu mata dalam perlawanan di Villarreal yang berkesudahan 1-1 kelmarin.

Juara Sepanyol itu telah tewas dalam perlawanan pembukaan tahun ini di Athletic Bilboa dalam Copa del Rey minggu lepas dan kini ketinggalan lima mata di belakang Real yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Penyerang Itali, Nicola Sansone kelihatannya memberikan kemenangan pertama Villareal ke atas Barca sejak 2008, tetapi jaringan lewat Messi telah menafikan kemungkinan itu.

Seri tersebut mengekalkan kedudukan Villarreal di tangga kelima, satu mata di belakang Atletico Madrid bagi slot Liga Juara-Juara.

Lionel Messi (kiri) cuba dihalang oleh pemain tengah Villareal Bruno Soriano dalam aksi La Liga di Stadium El Madrigal. – AFP
Lionel Messi (kiri) cuba dihalang oleh pemain tengah Villareal Bruno Soriano dalam aksi La Liga di Stadium El Madrigal. – AFP

“Ia bukan satu analisis yang positif bagi perlawanan ini kerana kami memerlukan tiga mata dan saya fikir kami melakukan secukupnya untuk mendapat tiga mata,” kata bos Barca, Luis Enrique.

Namun, Enrique menegaskan Barca masih dalam pemburuan kejuaraan liga meskipun peluang mereka kini bergantung pada kejatuhan mata Madrid dalam separuh kedua musim ini.

“Masih ada separuh musim untuk dilalui dan saya pasti kami akan mempunyai peluang untuk mempertahankan kejuaraan,” tambahnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA