Messi perlu berehat

Messi perlu berehat

LOS ANGELES, 20 Julai – Keadaan logistik jelajah Barcelona di Amerika Utara cukup mencabar hingga pengendalinya, Luis Enrique tidak mengucapkan ucapan maaf kerana tidak membawa bintangnya Lionel Messi pada kempen pra-musim, kali ini.

Gergasi Sepanyol itu tiba di Los Angeles, semalam untuk memulakan kempen jelajah membabitkan tiga perlawanan bermula dengan kelab Los Angeles Galaxy, esok.

Enrique dan kapten, Andres Iniesta nampak segar ketika tiba ke hotel dari lapangan terbang untuk bertemu media dan disambut dengan ratusan peminat yang ingin menyaksikan pemain pujaan mereka.

Ketika ditanya sama ada dia berhutang kepada peminat kerana tidak membawa beberapa bintang seperti Messi dan Neymar, Enrique berkata tugas utamanya adalah untuk memberikan pemain-pemainnya rehat yang amat diperlukan.

“Ia jawapan yang mudah,” kata-nya. “Kami perlu memberikan beberapa angka yang minimum untuk bercuti kepada pemain-pemain untuk pulih dari musim yang nampaknya tidak pernah habis.”

Selain Messi, penjaga gol, Claudio Bravo, pemain tengah, Javier Mascherano dan pertahanan, Dani Alvez juga turut dikecualikan selepas mengharungi tugasan di Copa America.

“Perkara yang paling utama, pemain-pemain ini memerlukan rehat,” kata Enrique.

Selepas bertemu Galaxy, Barca dijadualkan bertemu kelab gergasi Inggeris, Manchester United di San Francisco pada Sabtu dan melengkapkan siri jelajah dengan pertemuan menentang juara Inggeris, Chelsea pada 28 Julai. – AFP