Messi pukau Arsenal

Messi pukau Arsenal

LONDON, 24 Feb (AFP) – Lionel Messi membuatkan Arsenal terpukau apabila meledak dua gol bagi membantu Barcelona menewaskan The Gunners 2-0 dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Jurulatih Barcelona, Luis Enrique, berseloroh sebelum perlawanan itu betapa dia hanya perlu mengucapkan ‘Abracadabra’ kepada Messi, Neymar dan Luis Suarez bagi menghasilkan magis mereka yang mampu membuatkan Arsenal kecewa.

Dalam perlawanan itu, Messi cemerlang apabila menjaringkan dua gol pada babak kedua bagi meletakkan juara Liga Sepanyol itu kekal bersaing dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal kini dalam bahaya, dengan mereka hampir untuk tersingkir di pusingan 16 terbaik buat kali keenam berturut-turut.

Tha Catalan yang memburu gelaran Eropah keenam kini melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 33 perlawanan dalam semua kejohanan.

Aksi Messi semasa menjaringkan gol pembukaan menentang Arsenal semalam. Dalam perlawanan itu, Messi berjaya dengan cemerlang apabila menjaringkan dua gol pada babak kedua bagi meletakkan juara Liga Sepanyol itu kekal bersaing dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu. – Reuters
Aksi Messi semasa menjaringkan gol pembukaan menentang Arsenal semalam. Dalam perlawanan itu, Messi berjaya dengan cemerlang apabila menjaringkan dua gol pada babak kedua bagi meletakkan juara Liga Sepanyol itu kekal bersaing dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu. – Reuters

“Saya suka dengan apa yang kami lakukan sejak mula lagi. Saya suka cara kami menjaringkan gol dan kami menguasai perlawanan.

“Lawan kami bertahan dengan semua pemain berada di kawasan mereka, tetapi kami masih mampu untuk menjaringkan gol,” kata Enrique.

Sementara itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger berang pemainnya gagal mengambil amaran beliau untuk memastikan kawalan ketat para pemainnya selepas 16 perlawanan.

“Sudah tentu saya kecewa. Kami hilang dengan cara kita tahu kita tidak boleh menyerah,” kata Wenger.

“Mereka adalah lebih baik daripada kami, semua orang tahu itu, tetapi kami boleh memenangi perlawanan itu jika kami mengekalkan dan menjaga disiplin permainan kami.”