Messi: Saya tidak bersaing dengan Ronaldo

Messi: Saya tidak bersaing dengan Ronaldo

LONDON, 23 Okt (Agensi) – Lionel Messi mengakui dia tidak bersaing dengan Cristiano Ronaldo dan berharap pemain Real Madrid itu juga tidak ada rasa persaingan di antara mereka.

“Saya tidak bersaing dengan Ronaldo dan saya anggap dia juga tidak merasakan demikian. Apa yang saya mahukan adalah yang terbaik untuk pasukan dan itulah yang saya cuba lakukan sekarang.

“Saya tidak muhu melihat perkara itu terlalu jauh. Saya menghadapi saat hidup hari demi hari, dan buat masa ini saya bersama Barcelona dalam Liga Sepanyol yang telah membuatkan hidup saya sangat baik.

“Saya tidak perlu untuk membuatkan orang teruja kepada diri saya kerana itu bukanlah alasan yang bermain bola sepak. Saya bermain kerana saya minat dan ia adalah kerjaya, malah saya mahu anak saya faham apa yang saya lakukan ini,” jelasnya yang enggan mengulas lebih lanjut masa depannya di Camp Nou.

Dalam pada itu Messi turut mendedahkan perkara yang akan dilakukan jika pasukannya mengalami kekalahan.

“Saya tetap tidak suka dengan kekalahan, tetapi apabila saya tiba di rumah saya sedar semua itu akan reda apabila melihat anak saya.

“Kami akan teruskan apa yang perlu dilakukan dalam setiap perlawanan. Ada masanya kita perlu turun ke bawah untuk membantu yang lain untuk mendapatkan bola kembali, dan ada masanya lagi kita perlu ke depan untuk mencipta situasi menjaringkan gol,” jelasnya mengenai situasi dalam perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA