Messi selamatkan maruah Argentina

Messi selamatkan maruah Argentina

ARLINGTON, Amerika Syarikat, 9 Sept – Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi menyelamatkan maruah negaranya apabila berjaya membantu pasukannya meledak dua gol penting dalam tempoh lima minit terakhir sebelum aksi tamat bagi mengikat Mexico, 2-2 di Texas, hari ini.

Argentina seakan menempa kekalahan pertama ke atas Mexico sejak 2004 selepas jaringan menerusi penalti pada separuh masa pertama, disempurnakan Javier Hernandez dan di separuh masa kedua oleh Hector Herrera, bagi membolehkan Mexico mendahului 2-0.

Namun, kesuntukan masa memaksa jurulatih Argentina, Gerardo Martino mengubah taktikal serangan sebelum bangkit mencipta keputusan yang memihak kepada juara dunia dua kali itu dalam aksi dramatik.

Gol pertama Argentina di dijaringkan penyerang Manchester City, Sergio Aguero pada minit ke-85 sebelum Messi meledak jaringan seterusnya pada minit ke-89 selepas menerima hantaran Aguero.

Bintang Barcelona itu kemas menampan bola di dadanya, sebelum merembat padu ke gawang gol untuk menumpaskan penjaga gol Mexico, Moises Munoz.

Aksi Lionel Messi (10) ketika bersaing menguasai bola dengan pemain Mexico, Miguel Layun (7) ketika perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium AT&T pada 8 September 2015 in Arlington, Texas. – AFP
Aksi Lionel Messi (10) ketika bersaing menguasai bola dengan pemain Mexico, Miguel Layun (7) ketika perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium AT&T pada 8 September 2015 in Arlington, Texas. – AFP

Gol oleh Messi itu adalah penamat kepada pertemuan cukup menghiburkan, disaksikan oleh 82,559 penonton di Stadium Arlington, Texas itu.

Mexico memperoleh jaringan pertama pada minit ke-19 menerusi sepakan penalti oleh Hernandez selepas pemain pertahanan City, Nicolas Otamendi mengasari Raul Jimenez dalam kotak penalti, sebelum minit ke-70, Herrera pula menjadikan kedudukan 2-0. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA