Messi seru tuah Barca di Copa America

Messi seru tuah Barca di Copa America

LA SERENA, Chile, 9 Jun (AFP) – Lionel Messi memenangi segala yang mungkin bersama Barcelona tetapi rak penghormatannya bersama Argentina masih lagi kosong dan dipenuhi debu.

Seramai 20,000 peminat Argentina yang akan menyeberangi Banjaran Andes berharap kesukaran itu akan berakhir pada Copa America yang bermula di Chile Khamis ini.

Kemenangan 3-1 Barcelona ke atas Juventus Sabtu lalu memberikan mahkota keempat Messi dalam Liga Juara–Juara dalam tempoh 10 tahun. Dia juga meraih tujuh gelaran Sepanyol, dua Piala Dunia Kelab dan menjadi pemain terbaik dunia sebanyak empat kali.

Tetapi kekalahan Argentina kepada Jerman dalam Piala Dunia tahun lepas melanjutkan kemarau gelaran kebangsaan sejak menjulang Copa America 1993.

“Tujuan kami adalah untuk mencatatkan kemenangan tahun ini,” kata Messi, yang meraih pingat emas Olimpik bersama negaranya pada Sukan Beijing 2008.

Lionel Messi

Tetapi ketika dia diisytiharkan pemain terbaik Piala Dunia 2014, kepantasan Little Genius dan kesukaran pada peringkat antarabangsa tidak berlaku ketika menyarung jersi Barcelona.

Messi menjaringkan 43 gol dalam 38 perlawanan kejuaraan Sepanyol musim ini – di belakang pesaing Cristiano Ronaldo dengan 48 gol dan menjaringkan banyak gol dalam sejarah La Liga dengan 286 dan 77 gol dalam Liga Juara-Juara.

Tetapi perkadaran itu jatuh bagi Argentina dengan 45 gol dalam 97 kemunculan. Messi berkata dia selalu ditanya mengapa Argentina, yang memulakan persaingannya sekali lagi sebagai salah sebuah pasukan pilihan, tidak pernah menang.

Dia dalam keadaan sedih selepas tewas 4-0 suku akhir Piala Dunia 2010 kepada Jerman apabila legenda Argentina, Diego Maradona menjadi jurulatih.

“Sesuatu yang menarik untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan, menyarung jersi dan menjadi kapten,” kata Messi baru–baru ini. “Tetapi jika ada lebih daripada itu adalah menarik bagi saya.”

ARTIKEL YANG SAMA