Messi, Shakira duta hapus kemiskinan

Messi, Shakira duta hapus kemiskinan

NEW YORK, 20 Jan – Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) melantik bintang Barcelona, Lionel Messi bersama 16 tokoh penting yang lain sebagai duta yang akan terbabit dalam kempen menamatkan kemiskinan dunia.

Pemain Argentina dan juga penyanyi Colombia, Shakira mengepalai senarai 17 individu ternama yang dipilih PBB bagi mempromosikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).

Objektif badan dunia itu juga membabitkan pembasmian kemiskinan sebelum 2030, memerangi perubahan iklim dan juga laluan sejagat terhadap pendidikan dan kesihatan.

“Mereka akan membina kedudukan unik dan juga kepimpinan bagi mempromosi SDGs sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan serta transformasi global,” kata PBB dalam satu kenyataan.

Messi dan Shakira sebelum ini juga menjadi duta bagi UNICEF, sebuah badan yang berkait rapat dengan Tabung Kanak-kanak PBB. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA