Messi, Suarez kembali beraksi

Messi, Suarez kembali beraksi

MONTEVIDEO, 23 Mac (AFP) – Rakan sepasukan Lionel Messi dan Luis Suarez dari Barcelona akan membuat aksi kembali yang lama dinanti-nantikan bagi persaingan Piala Dunia minggu ini apabila persaingan kelayakan Amerika Selatan bagi perlawanan 2018 di Russia diteruskan.

Suarez tidak beraksi bagi pasukan Uruguay sejak dia dikenakan penggantungan global selepas mencederakan bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini pada Piala Dunia 2014 di Brazil.

Messi sementara itu tidak beraksi dalam empat perlawanan pembukaan kempen kelayakan Argentina 2018 awal musim ini selepas mengalami kecederaan lutut ketika berada dalam tugasan kelab bagi Barcelona pada September.

Pemain Tahunan Dunia FIFA lima kali itu tidak akan kembali pada masa yang terbaik bagi Argentina, yang menghadapi kunjungan ke Santiago esok untuk menghadapi pasukan Chile dalam perlawanan ulangan Copa America.

Argentina beraksi sedikit goyah dalam kelayakan pada pusingan permulaan, mengalami kekalahan mengejut di laman sendiri menentang Ecuador pada Oktober, sebelum diundi menentang Paraguay dan Brazil.

Messi (kanan) dan Suarez ketika beraksi untuk skuad Barcelona. Dua pemain ini dijangka akan beraksi dalam persaingan kelayakan Piala Dunia Rusia 2018 bagi Zon Amerika Selatan minggu ini. – Reuters
Messi (kanan) dan Suarez ketika beraksi untuk skuad Barcelona. Dua pemain ini dijangka akan beraksi dalam persaingan kelayakan Piala Dunia Rusia 2018 bagi Zon Amerika Selatan minggu ini. – Reuters

Bagaimanapun pasukan tangga kedua Piala Dunia 2014 itu menarik nafas lega dalam kempen mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Colombia pada November, kemenangan penting yang melonjakkan mereka dari kedudukan tercorot dari jarak bagi kedudukan kelayakan secara automatik.

Kepulangan Messi bagaimana pun dikejutkan dengan beberapa kecederaan yang menghalang jurulatih Argentina, Gerardo ‘Tata’ Martino bagi mendapatkan pemain bintang yang berpangkalan di luar negara, terutamanya pemain penyerang Juventus, Paulo Dybala, Javier Pastore dari Paris Saint-Germain dan Nicolas Gaitan dari Benfica.

Dengan Carlos Teves digugurkan, Martino menumpukan ke arah pemain penyerang yang berpangkalan di Argentina, Lanus untuk meningkatkan pilihan penyerang bagi pertemuan esok.

Pemain itu, 28, adalah rakan sepasukan Messi dalam skuad Argentina yang memenangi pingat emas pada Olimpik 2008 tetapi belum mendapatkan cap antarabangsa penuh pertamanya bagi pemenang Piala Dunia dua kali itu.