Messi, Suarez terlepas aksi temu Athletic Bilbao

Messi, Suarez terlepas aksi temu Athletic Bilbao

BARCELONA, 20 Jan – Lionel Messi dan Luis Suarez akan terlepas saingan pusingan pertama suku akhir Copa del Rey antara penyandang gelaran Barcelona dan Athletic Bilbao awal pagi ini dan tidak disenaraikan daripada skuad 18 pemain skuad Luis Enrique.

Messi dikeluarkan pada babak pertama perlawanan ketika Barca membelasah Athletic 6-0 dalam La Liga Ahad lalu dan pasukan tidak mahu mengambil risiko walaupun ujian imbasan menolak dakwaan kecederaan hamstring.

Suarez menjaringkan hatrik pada hujung minggu lalu, tetapi dia melengkapkan penggantungan dua perlawanan merebut piala kerana bertelagah dengan pemain Espanyol dalam terowong pada penamat perlawanan pertama pusingan sebelum ini.

Bagaimanapun penyerang Uruguay itu dijangka masih boleh terbang ke Bilbao dengan rayuan terakhir Barca terhadap penggantungan itu di Mahkamah Timbang Tara Sepanyol akan diputuskan hari ini.

Pertahanan Jordi Alba dan Jeremy Mathieu juga akan terlepas perlawanan itu kerana masing-masing mengalami kecederaan hamstring dan betis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA