Messi ‘tiada tandingan’

Messi ‘tiada tandingan’

MILAN, 16 Sept (AFP) – Jurulatih Barcelona Luis Enrique dan pertahanan Jordi Alba mengalu-alukan Lionel Messi ‘tiada tolok bandingannya’ takala kelab liga Sepanyol itu mengorak langkah pertama untuk mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara menentang Roma hari ini.

Barcelona, pemenang 3-1 ke atas Juventus dalam final Mei lalu, diramalkan akan menjadi pasukan pertama sejak AC Milan pada 1990 mempertahan kejuaraan mereka.

Stadio Olimpico di Roma dijangka menyambut 72,000 penonton untuk aksi Kumpulan E – kejadian yang luar biasa, namun sesuatu yang menggambarkan tarikan salah satu pasukan bola sepak terbaik di dunia, dan salah seorang pemain paling hebat dalam permainan itu.

Ia merupakan kemunculan ke-100 Messi dalam Liga Juara-Juara dan bagi Enrique, Messi menewaskan mereka semua.

“Anda tahu pendapat saya mengenai Messi, tetapi saya boleh memberikannya kepada anda sekali lagi,” beritahu Enrique, yang melatih Roma untuk satu musim yang sia-sia pada 2011-2012, kepada media di Rom semalam. “Messi bukan sahaja pemain terbaik di dunia, dia adalah yang terbaik yang pernah dilihat dalam perlawanan.”

pg23_150917_b

Alba, apabila diminta untuk membandingkan pemain Argentina dengan penyerang real Madrid Cristiano Ronaldo, berkata pemain Argentina itu menang secara berturut-turut. Sebelum perlawanan Real di tempat sendiri melawan Shakhtar Donetsk semalam, Messi dan Ronaldo telah menjaringkan 77 gol dalam pertandingan.

“Ronaldo adalah penjaring gol yang hebat, namun apa yang dilakukan oleh Leo di padang tidak dilakukan oleh orang lain. Ia tidak dapat dibandingkan,” kata Alba. “Apabila anda mempunyai Leo di padang, segalanya berubah. Bagi saya, dia adalah lima langkah di depan semua orang.”

Berdasarkan status Barcelona sebagai pasukan pilihan, Roma melayan juara bertahan itu dengan matlamat utama mengehad kerosakan kurang setahun selepas kekalahan 7-1 kepada Bayern Munich yang menjejaskan teruk peluang kelayakan peringkat kumpulan mereka.

Jurulatih Giallorossi Rudi Garcia menegaskan sebelum ini mereka tidak akan keluar untuk menghalang Messi daripada memukau penonton di Stadio Olimpico.

ARTIKEL YANG SAMA